User Tools

Site Tools


kampung_gonggang

Kampung Gonggang

Dirujuk oleh

Umumnya, “Kampung Gonggang” mungkin merujuk kawasan-kawasan petempatan kediaman dan perkebunan yang berhampiran dengan pusat bandar Kuala Lumpur, yang berasingan dari lembah “Gonggang” di Setapak (kawasan perlombongan di lembangan Sungai Bunus di utara Kuala Lumpur). Suatu ketika dahulu, kampung ini pernah meliputi sehingga ke Tanah Perkuburan Jalan Ampang (dahulu Perkuburan Gonggang) di sebelah selatan, Kampung Datuk Keramat di sebelah timur, dan KEMENTAH (dahulu Rifle Range) di sebelah timur laut.

Menurut Abdul-Razzaq Lubis (2018), Kampung Gonggang terletak berhampiran petempatan orang Gonggang (suku orang Siak). Tanah Perkuburan Ampang dahulu dinamakan “Tanah Perkuburan Kampung Gonggang”, yang dikatakan berhampiran dengan petempatan ini: “In Kuala Lumpur and its surroundings, the status of Muslim endowments and burial ground was precarious. The Sanitary Board of Kuala Lumpur was formed in 1900, and one of its first tasks was to relocate cemeteries away from the populated town centre, for reasons of public health. In 1891, the large Muslim burial ground near the confluence of Gombak and Klang rivers was cleared, fenced up, and supposedly exhumed. As it turned out, not all the graves were disinterred; some remained in the compound of the Masjid Jamek right up till the twenty-first century. A new cemetery was established just outside town at Ampang Road. ('The public Mohamadan Cemetery is on the other side of the Klang River near Ampang Road. A strong six feet bridge was erected to give necessary access to it.' A. Hale, vice chairman of the Kuala Lumpur land office, as reported in the Malay Mail, 13 April 1904, reproduced in Khoo Kay Kim, Kuala Lumpur, 27.) It was originally called Tanah Perkuburan Kampung Gonggang, as it was located near the settlement of orang Gonggang (a subgroup of orang Siak). (This Kampung Gonggang is different from the Gonggang settlement near Setapak. Interview with Haji Shahrir Kamil, 30 November/1 December 2016).” (Abdur-Razzaq Lubis, 2018: "Sutan Puasa, Founder of Kuala Lumpur", m.s. 505).

Menurut Pejabat DYMM Sultan Selangor, Raja Laut (putera kedua Sultan Muhammad Shah, Sultan Selangor ke-3) dikebumikan di Perkuburan Gonggang, kini Tanah Perkuburan Jalan Ampang, pada tahun 1913: “Apabila Kesultanan Selangor mengurniakan gelaran Tunku Mahkota untuk Almarhum sebagai pewaris takhta kepada Tengku Musa Eddin Ibni Sultan Alaeddin Sulaiman Shah, Raja Muda Laut tetap mengekalkan gelaran ‘Raja Muda’ sehingga kemangkatan Almarhum pada 9 Jun 1913. Almarhum dimakamkan di Tanah Perkuburan Kampong Gonggang (kini dikenali sebagai Tanah Perkuburan Jalan Ampang) Kuala Lumpur. Sebagai tanda penghargaan dan mengingati jasa dan bakti Almarhum, nama Raja Laut diabadikan sebagai nama sebatang jalan di Kuala Lumpur yang bersambung dengan Jalan Tuanku Abdul Rahman.” (Selangor Royal Office, 6 Oktober 2020: |"SIAPA RAJA LAUT?").

Sekitar tahun-tahun 1920-an dan 1930-an, terdapat beberapa peristiwa telah dilaporkan di akhbar-akhbar, melibatkan sebuah petempatan bernama “Kampung Gonggang”, yang terletak berhampiran dengan Rifle Range (kini kawasan Kementerian Pertahanan (KEMENTAH)). Kampung ini menjadi sebahagian daripada Kampung Datuk Keramat kini: “Jalan Datuk Keramat: This road lies within the village of Datuk Keramat, which was once part of Gonggang and Kampung Tangga Cina. The 170-acre area was declared a Malay Reserve in 1957. … Sources: Ani 2000 (Ani binti Ahmad (2000), Tanah Rizab Melayu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: Satu Kajian Kes terhadap Aspek Perumahan di Kampung Dato' Keramat, Kuala Lumpur: Universiti Malaya):141-145; Dewan Bahasa 1995 (Dewan Bahasa & Pustaka (1995), Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu Jilid 2, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka): 1076” (Mariana Isa, Maganjeet Kaur, 2015: "Kuala Lumpur Street Names: A Guide to Their Meanings and Histories", m.s. 87).

Liputan Peristiwa

1879-09-01: Laporan Perkebunan di Tangga China

Pada awal penglibatan kolonial British, mereka telah mengumpulkan maklumat sawah padi dan dusun-dusun di sekitar Kuala Lumpur, termasuk sekitar Tangga China (sebahagian daripada Kampung Gonggang, kini sekitar Kampung Datuk Keramat). Berikut adalah contoh laporan tinjauan sawah dan dusun oleh Imam Perang Perkasa, meliputi kawasan Tangga China, Hulu Klang, Setapak, Sungai Mulia, Segambut, dan Gombak, termasuk luas setiap satunya, bagi tahun 1294-1296H (1877-1879M). Laporan disediakan oleh Raja Shaaban dan keraninya. Terdapat perkebunan di “Jalan Gronggang” (ditebalkan), kemungkin merujuk petempatan Kampung Gonggang di sekitarnya:-

“Lies(List) Kiraa-Kiraa(Kira-Kira) Ocorand(Ukuran) Imam Perang Perkassa - Tangga China - Hulu Klang - Sitapak(Setapak) - Sungei Mulia - Sigambout(Segambut) - Gombaks(Gombak)

Maka adalah sahaya Raja Sha'ban dan kerani Muhammad Ja'im(?) dan mata-mata Klang(?) bernama Sutan Majalela(?) ? orang ada periksa(?) fasal(?) sawah dan dusun sudah diukur Imam Perang Perkasa ? ? orang2 lelaki di dalam Tangga Cina ? ? mula2 Encik ? - yang - ? - Siti ? - ? - anak buah Encik ? - ? - $10 dusun(?) tinggi dusun(?) ? $7 sudah terima Imam Perang Perkasa ? - -”

Nama Panjang sawahnya (depa) Lebarnya (depa)
Haji Muhamad Saleh 60 30
Sutan ? 50 30
Nuruddin(?) 50 50
Haji Mahmud 100 60
Raja Hitam 30 30
Malim Muhamad 40 40
Haji Muhamad Ali 40 30
Faqir ? 55 35
Haji Abdullah 80 30
Haji ? 30 30
Haji Muhamad Nur 100 30
? 90 50
Malim Panjang 70 60
Faqir Batuah(?) 40 40
Faqir Kaya 30 40
Abdussalam 30 40
Baginda Malim 100 40
Datuk Putih sawah ladang padi dusun(?) 200 ? 100
dan lagi dusun(?) rendang ? $3
Encik Muhamad 60 40
dan lagi dusun terung, dusun Jalan Gronggang 110 35
lagi dusun ? 110 40
Tok Tengku ? 80 36
? ? ? durian(?) dua batang ? 30 $1
Encik Muhamad ? dusun ? ? - $4
Haji ? Dusun Changkat(?) ? - $3

(Sumber: Arkib Negara 1957/0000991W, 01/09/1879: |"RAJA SHABAN'S REPORT: DETAILS ON THE MEASUREMENT AND SURVEY WORKS OF PADDY FIELDS AND ESTATES IN THE STATE.").

1891: Pembukaan Perkuburan Kampung Gonggang

Tanah perkuburan lama di Kuala Lumpur terletak di sebelah utara pertemuan Sungai Gombak dan Sungai Klang, iaitu di tapak Masjid Jamek Kuala Lumpur kini: “In 1891, the large Muslim burial ground near the confluence of Gombak and Klang rivers was cleared, fenced up, and supposedly exhumed. As it turned out, not all the graves were disinterred; some remained in the compound of the Masjid Jamek right up till the twenty-first century.” (Abdur-Razzaq Lubis, 2018: "Sutan Puasa, Founder of Kuala Lumpur", m.s. 505).

Peta lokasi kubur lama (1903)Peta lokasi kubur lama (1889)
Kiri: Peta lokasi kubur lama berhampiran pertemuan Sungai Gombak dan Sungai Klang, yang telah diterangkan pada tahun 1891 (Arkib Negara 1957/0108145W, 06/04/1903: |"EMBANKMENT WALLS, GOMBAK RIVER").
Kanan: Peta lokasi kubur lama, relatif kepada persekitarannya, berdasarkan peta Kuala Lumpur tahun 1895 (Wikipedia).

Pada tahun 1891, ia telah dipindahkan ke tanah perkuburan baru di tebing selatan Sungai Klang (Jalan Ampang kini). Sebuah jambatan dibina bagi menghubungkan tanah perkuburan itu dengan tebing utara Sungai Klang (kemungkinan sebahagian daripada kawasan Kampung Gonggang), lalu dinamakan Tanah Perkuburan Kampung Gonggang: “A new cemetery was established just outside town at Ampang Road. ('The public Mohamadan Cemetery is on the other side of the Klang River near Ampang Road. A strong six feet bridge was erected to give necessary access to it.' A. Hale, vice chairman of the Kuala Lumpur land office, as reported in the Malay Mail, 13 April 1904, reproduced in Khoo Kay Kim, Kuala Lumpur, 27). It was originally called Tanah Perkuburan Kampung Gonggang, as it was located near the settlement of orang Gonggang (a subgroup of orang Siak). (This Kampung Gonggang is different from the Gonggang settlement near Setapak. Interview with Haji Shahrir Kamil, 30 November/1 December 2016)” (Abdur-Razzaq Lubis, 2018: "Sutan Puasa, Founder of Kuala Lumpur", m.s. 505).

Peta lokasi Perkuburan Gonggang (1923)Peta lokasi Perkuburan Gonggang, kini Perkuburan Islam Jalan Ampang
Kiri: Peta lokasi Perkuburan Gonggang, ditandakan merah sebagai “Mohd. Cemy.” (Mohammedan Cemetery) (1923). Mercu tanda: di sebelah barat: Sungai Gombak dan Batu Road (kediaman Raja Laut). Di bucu barat daya berhampiran Masjid Jamek, keluar dari Batu Road ialah Gombak Lane (kediaman Tuan Haji Abdul Hamid). Kemungkinan lokasi Kampung Gonggang ialah sebelah utara perkuburan ini iaitu sekitar Sungai Bunus, sehingga ke Rifle Range di sebelah timur laut. Kawasan perlombongan Gonggang pula di sebelah utara lembah Sungai Bunus.
Kanan: Peta lokasi Perkuburan Gonggang, ditandakan merah, kini Perkuburan Islam Jalan Ampang. (Mapcarta).

MAKLUMAT LANJUT: Tanah Perkuburan Kampung Gonggang (1891).

1921-11-21: Pembunuhan di Sekitar Rifle Range

Kes pembunuhan melibatkan pekerja ladang getah berdekatan Rifle Range (mungkinkah Gonggang Estate?). Pembunuhnya melarikan diri ke Gonggang (Mungkingkah Kampung Gonggang?) sebelum diberkas polis: “Chief Court Inspector Taylor, gave a brief outline of how the alleged crime was committed, from which it appeared that the accused worked on a rubber plantation somewhere in the vicinity of the Ampang Rifle Range. Living with him was a woman named Letchmi, who was not married to the accused but had had two children by him. On the 12th of November, 1921, accused went out to work, as usual, leaving the woman and children in the lines. He came back from work about 8.30a.m., and asked the woman for betel-nut leaves etc. She apparently did not attend to him quickly enough, and a quarrel ensured, during the course which the accused is alleged to have stabbed the woman in the abdomen and left upper arm with a tapping gouge. The woman ran out of the cooly lines shouting, and met the mandor whom she informed that the accused had stabbed her. She was taken to the General Hospital and operated upon by the Medical Officer at once. She died the following evening from shock. Meanwhile, the accused had run away, but was arrested later at Gonggang, wearing a blood-stained coat and singlet.” (Pinang Gazette and Straits Chronicle, 14 January 1922, Page 6: | "A MURDER CHARGE").

1922-10-05: Sekumpulan Perompak

Sekumpulan perompak merompak sebuah rumah papan di Gonggang (mungkinkah Kampung Gonggang?) yang didiami sepasang suami isteri dan anaknya, serta seorang pekerja. Para perompak kemudiannya berjaya ditangkap, dan sebahagian mereka dijatuhkan hukuman penjara: “In the Supreme Court, Kuala Lumpur, six Chinese were placed in the dock to take their trial on a charge of a gang robbery, before the Chief Judicial Commissioner. The D.P.P., Mr. Burton, in outlining the case for the prosecution, said that the crime was committed at a place called Gonggang. The complainant live in a plank house there with his wife and child. There were two rooms in the house, one of which was occupied by the owner and his family, and the other by his cooly. On the 5th October, at 9 p.m. the door of the house was broken open and four men entered, held up the inmates and robbed the premises. The wife of the complainant identified three of the accused. On the 8th of October Mr. Dalley arrested the accused, and the stolen property was found in their dwelling. The property had been identified by the owner. After hearing the evidence, his Lordship discharged three men, and sentenced the remaining three to seven years' rigorous imprisonment each.” (Pinang Gazette and Straits Chronicle, 15 December 1922, Page 7: |"SELANGOR ASSIZES").

1934-09-01: Pembunuhan Lim Sang Tay

Pada 1 September 1934, seorang Cina Hock Chiew, Lim Sang Tay, yang tinggal di Kampung Gonggang, telah dibunuh dan ditanam di suatu kawasan semak berpaya berhampiran Rifle Range. Maklumat mengenai Kampung Gonggang yang diperolehi dari laporan-laporan akhbar berkaitan peristiwa ini:-

  • Kampung Gonggang terletak bersebelahan dengan Rifle Range (Kem Kementah kini), dan lokasinya dinyatakan sebagai “an area off Rifle Range Road”. Sebahagian jalan ini adalah Jalan Padang Tembak kini: “Jalan Padang Tembak: Jalan Sultan Yahya Petra to Kementah: (part of) Rifle Range Road → Jalan Padang Tembak. This road was previously the northen section of Rifle Range Road. It was renamed to give a similar meaning in Malay - padang means “field”, tembak means “to shoot”. The Selangor Boy Scouts Association had a camp along this road named Castle Camp (later renamed Kem Kotaraya). Sources: Abdul Majid Ismail, Tan Sri Dato' Seri (2006), An Old Man Remembers: The memoirs of Tan Sri Dato' Seri Dr. Haji 'Coco' Abdul Majid bin Ismail Dato Seri Maharaja di Raja Selangor, as told by the old man himself, Kuala Lumpur: The Written Word, m.s.57; The Straits Times, 27 November 1934, p.12, Lord Baden-Powell's Footprint” (Mariana Isa, Maganjeet Kaur, 2015: "Kuala Lumpur Street Names: A Guide to Their Meanings and Histories", m.s.183).
  • Rumah mangsa pembunuhan ini terletak di belakang Rifle Range. Mayatnya ditemui berhampiran Rifle Range, dan jaraknya 300 ela (~274 meter) dari rumahnya.

“Another mystery, believed to be a murder, is engaging the attention at the Kuala Lumpur detective branch. On Monday last a Chinese woman living in the village of Gonggang, on the outskirts of Kuala Lumpur, reported to the police that her husband had been missing since Saturday night. Investigations by the police to trace the man's whereabouts were unsuccessful until yesterday, when acting on information gleaned, detectives visited a spot near the rifle range and recovered the body of a male Chinese, buried in a swamp, who was identified as the husband of the woman who made the report to police on Monday. Although the body was in a decomposed condition, it is understood that murder is suspected as the cause of death.” (Malaya Tribune, 8 September 1934, Page 7: |"DECOMPOSED BODY FOUND").

Peta kemungkinan lokasi Kampung Gonggang secara kasar, 1923Peta kemungkinan lokasi Kampung Gonggang secara kasar, kini
Kiri: Peta kemungkinan lokasi Kampung Gonggang secara kasar (perkampungan berhampiran Rifle Range), 1923 (berdasarkan peta Survey Department, Singapore, 1923. Mercu tanda: Sungai Bunus dan Gonggang di sebelah barat. Sungai Peran (anak Sungai Bunus) di sebelah utara, merentasi Gonggang Estate di sebelah timur laut. Bulatan ungu berdekatan Sungai Peran, ditandakan sebagai “Chin. Cemy.” (Chinese Cemetery): Perkuburan Loke Yew. Sungai Klang di sebelah selatan: |"Selangor. Parts of K. Lumpur, Ulu Selangor, Klang & Ulu Langat Districts, Kuala Lumpur").
Kanan: Peta kemungkinan lokasi Kampung Gonggang secara kasar, kini (berdasarkan Google Maps).

MAKLUMAT LANJUT: Pembunuhan Lim Sang Tay (1934).

Selain petikan dan sumber yang dinyatakan, rencana ini telah diusahakan oleh TMK Pulasan, di bawah kelolaan Syahrul Sazli Shaharir <sazli@pulasan.my>. Pengakuan penting: Kami bukan ahli sejarah! Sila klik di sini untuk penjelasan lanjut.

kampung_gonggang.txt · Last modified: 2024/04/26 07:52 by sazli