User Tools

Site Tools


gonggang_estate

Gonggang Estate (1921?-1983)

Dirujuk oleh

1921: Pembukaan?

Lakaran peta Gonggang Estate, 1961
Lakaran peta Gonggang Estate (1961), menunjukkan pembahagian ladang mengikut nombor-nombor lotnya (PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH IPOH, PERAK (RISDA) @ Arkib Negara 1992/0006821W, 05/11/1958: |"GONGGANG ESTATE - DR.CHUA BOON TECK (MANAGER) 34, KLYNE STREET K.LUMPUR.").

Warna No. Geran No. Lot Keluasan (Acres. Roods.Perches.)
Ungu CT2771 1364 66. 2.00
Merah Jambu G6346 1365 6. 3.19
Hijau G6347 1366 23. 3.30
Cokelat CT2774 1367 104. 3.00
Kuning ? ? 28. 2.16

NOTA: Sempadan biru ialah Sungai Peran, anak Sungai Bunus yang berpunca dari Bukit Dinding, yang merentasi Gonggang Estate.

Butiran Ladang

Pernyataan keluasan ladang Gonggang Estate, 1954
Menurut pernyataan keluasan ladang Gonggang Estate setakat 31 Disember 1954, 2 blok di dalam ladang ini yang mengandungi pokok getah matang ialah:-

  • 105 ekar ditanam pada tahun 1921
  • 63 ekar ditanam pada tahun 1931

Berdasarkan rekod ini, kemungkinan ladang ini mula beroperasi sebagai “Gonggang Estate” pada tahun 1921. Namun daripada peta lakaran di atas, pada Lot 1365 dinyatakan “Old rubber prior 1920”, iaitu kemungkinan ladang ini telah wujud sebelumnya lagi.

Peta Lokasi 1900-1920an

Berdasarkan peta tahun 1904, sekitar awal tahun 1900-an, ladang ini telah pun wujud, tetapi namanya tidak ditandakan. Mungkin ketika itu belum di bawah nama “Gonggang Estate”?

Peta Gonggang, 1904
Peta lokasi Gonggang (kawasan kelabu bersempadan merah terang), berdasarkan peta negeri Selangor, tahun 1904. Kawasan Gonggang Estate (ketika itu tidak ditandakan di dalam peta), ditandakan sebagai petak hijau (Edinburgh Geographical Institute, 1904 @ Yale University Library - Digital Collections: |"Selangor, Federated Malay States, 1904 / John Bartholomew & Co ; W.T. Wood, chief draftman").

Peta terawal yang ditemui setakat ini yang mengandungi nama “Gonggang Estate” adalah peta tahun 1922 di bawah, seolah-olah konsisten dengan rekod tanaman getah terawal pada tahun 1921 dalam dokumen pernyataan keluasan ladang di atas:-

Peta sekitar Gonggang dan Lembah Sungai Peran, 1922
Peta sekitar Gonggang Estate dan Lembah Sungai Peran (anak Sungai Bunus yang merentasi Gonggang Estate), 1922 (Survey Department, Singapore; 1922: |"Kuala Lumpur and Environs"). Peta ini turut dirujuk oleh suatu rencana akhbar: 雷子健 @ Oriental Daily, 10 September 2023: |"雷子健:鹅岸湮没记忆中").

Lokasi serta kawasan sekitarnya dapat dilihat dengan lebih jelas di dalam peta tahun 1926 ini:-

Peta sekitar Gonggang, 1926Peta Gonggang, 1926
Peta Gonggang (kanan) dan kawasan sekitarnya (kiri), berdasarkan peta negeri Selangor, tahun 1926. Kelihatan kawasan “padang tembak” (Rifle Range) di sebelah Gonggang Estate (Malaya Survey Department, 1926 @ University of Minnesota Libraries: |"Selangor : Federated Malay States 1926").

1950-an: Rekod Penanaman Semula

Peta sekitar Gonggang, 1950Peta Gonggang, 1950 Peta Gonggang Estate (kanan) dan kawasan sekitarnya (kiri), berdasarkan peta negeri Selangor, tahun 1950 (Surveyor General, Malaya, 1950 @ Australian National University: |"Malaysia, Malaya, Selangor 1950, Land Use, South Sheet, 1950, 1:126 720"). Sedikit sebanyak kekal sebagaimana tahun 1920-an.

Terdapat maklumat pengurus dan pemilik ladang ini pada tahun 1958 dan 1967, yang ada ditemui di dalam Arkib Negara:-

Family photo in front of their house.
“Dalam Gambar Ini: Dr CHUA Boon Teck 蔡文德, Khor Joo Saik; Tarikh: 1940; Lokasi: Kuala Lumpur, Selangor, Malaysia Butiran: Family photo in front of their house.” (Chee Khay Chuan @ Geni, 8 Mac 2011: |"Photos of Khor Joo Saik").

Perihal pasangan suami isteri pemilik dan pengurus Gonggang Estate di atas, boleh didapati dari laman Menara Binjai, antara projek utama terkini syarikat mereka: “Menara Binjai is developed by Khor Joo Saik Sdn. Bhd., a Malaysian family private investment company. The site on which Menara Binjai stands was the family home of the Chua family since the 1930s. The owner Dr. Chua Boon Teck was a physician whose father was Chua Cheng Tuan, co-founder of the Cycle & Carriage Group which pioneered the Mercedes Benz franchise in Malaysia and Singapore. Dr. Chua’s wife Madam Khor Joo Saik was a formidable Nyonya businesswoman who acquired substantial plantation and property holdings for the Chua family; and the landmark Coliseum Cinema, and Cafe which are still operating over 80 years on. They had 2 sons, of whom the elder Dr. Chua Seong Siew was a Cambridge University educated doctor and businessman, who was the driving force behind the development of the family land. The family of the younger son, Mr. Chua Hooi Siew, lived in this neo-classical mansion until 2008 when the building foundations of Menara Binjai ushered in a new era of sustainability and growth. The legacy proudly continues with the current generation of the Chua family.” (Khor Joo Saik Sdn. Bhd., 2010: |"A FAMILY PROUD TO BE MALAYSIAN").

Kemungkinan mereka bukan pemilik dan pengurus Gonggang Estate yang pertama. Ini kerana pada tahun 1920-an, mereka masih terlalu muda. Mungkinkah pemilik asalnya adalah ahli keluarga generasi sebelum mereka, yang ada rekod permohonan perladangan di lokasi lain?

LATAR PERISTIWA: Keluarga Chua (1877)

1960-an: Bibit Awal Urbanisasi

Peta sekitar Gonggang, 1962Peta Gonggang, 1962
Peta Gonggang Estate (kanan) dan kawasan sekitarnya (kiri), berdasarkan peta Director of National Mapping, Malaysia, 1962: |"Malaysia, Selangor, Kuala Lumpur, Series: L7010, Sheet 94, 1962, 1:63 360").

Peta sekitar Gonggang, 1967Peta Gonggang, 1967
Peta Gonggang Estate (kanan) dan kawasan sekitarnya (kiri), berdasarkan peta Malaysia : Director of National Mapping, 1967: |"Malaysia, Selangor, Kuala Lumpur, Series: L8010, Sheet 94k, 1967, 1:25 000").

1983: Pembangunan Ladang Hawthornden dan Gonggang

Peta sekitar Gonggang, 1982Peta Gonggang, 1982
Peta Gonggang Estate (kanan) dan kawasan sekitarnya (kiri), berdasarkan peta Malaysia, Jabatanarah Pemetaan Negara @ American Geographical Society Library, University of Wisconsin-Milwaukee Libraries, 1982: |"Kuala Lumpur / diterbitkan oleh Pengarah Pemetaan Negara". Ketika ini belum ada sebarang pembangunan di sebahagian besar Ladang Hawthornden, Gonggang Estate, dan Bukit Dinding.

Pada 9 Disember 1983, Pelan Induk bagi kawasan ini, dikenali sebagai Projek Pusat Pertumbuhan Bandar Baru Ladang Hawthornden, telah diluluskan. Sejak itu, kawasan Wangsa Maju dibangunkan, seksyen demi seksyen, iaitu Seksyen 1 (apartmen kos rendah), Seksyen 2 hingga 4 (apartmen kos sederhana), dan Seksyen 5 (rumah teres, apartmen dan kondominium). Di dalam pelan tersebut, sebahagian daripada Bukit Dinding (ditandakan sebagai “R-12”) telah pun diwartakan sebagai “Tapak Kediaman”, namun tidak dibangunkan, dan masih kekal sebagai kawasan hutan sehingga kini: “Sebelum tahun 1980, keseluruhan kawasan Wangsa Maju merupakan ladang getah yang dikenali sebagai Ladang Hawthornden. Pada tahun 1983, Pelan Induk untuk kawasan ini, dikenali sebagai Projek Pusat Pertumbuhan Bandar Baru Ladang Hawthornden, telah diluluskan, dan ditunjukkan di rajah Figure 3. Tapak Projek ini terletak dalam sector R-12. Gunatanah yang dicadangkan untuk sector R-12 adalah Apartmen Kos Tinggi. Sejak itu, dalam masa 30 tahun sebelum ini, kawasan Wangsa Maju kian dibangunkan, seksyen demi seksyen. Seksyen 1 (apartmen kos rendah), Seksyen 2 hingga 4 (apartmen kos sederhana), dan Seksyen 5 (rumah teres, apartmen dan kondominium) semua telah siap dibangunkan.” (ERINCO Sdn Bhd @ Enviro Knowledge Management Center (EKMC), Jabatan Alam Sekitar, Julai 2017: |"EIA for the Proposed Residential and Commercial Development On Lot 26413 Mukim Setapak and Lot 3538 Mukim Ulu Kelang, Kuala Lumpur For Nova Pesona Sdn Bhd", m.s. 6).

Projek Pusat Pertumbuhan Bandar Baru Ladang Hawthornden
“FIGURE 3: Approved Masterplan for Bandar Baru Ladang Hawthornden” (Peremba Berhad, 9 Disember 1983: Land Use Plan, Kawasan Hawthornden Development Project @ ERINCO Sdn Bhd @ Enviro Knowledge Management Center (EKMC), Jabatan Alam Sekitar, Julai 2017: |"Environment Impact Assessment Report: Proposed Residential and Commercial Development On Lot 26413 Mukim Setapak and Lot 3538 Mukim Ulu Kelang, Kuala Lumpur For Nova Pesona Sdn Bhd:").

Bandar Baru Ladang Hawthornden telah dirasmikan oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Mahathir Mohamad, pada 26 Februari 1984. (PERDANA DIGITAL, Pejabat Perdana Menteri: |"PERASMIAN BANDAR BARU DI LADANG HAWTHORNDEN").

“In 1983, four rubber plantations went through compulsory government acquisition under the then-young Prime Minister, Tun Mahathir.[6] The land acquisition was exercised to tackle the urbanization problem of that era – squatters and insufficient housing for migration of people from the rural area to Kuala Lumpur:

* Ladang Hawthornden
* Ladang Gonggang
* Ladang Kent
* Ladang Wardieburn.

All four plantations were then reclassified and rezoned as “residential lands” - these parcels of lands are then sold to developers.

The vast plantation area - then converted to suburbs - was named Wangsa Maju, the shortened version of Titiwangsa Maju.

One of the plantations – Hawthornden Rubber Estate Company, owned by famous Loke Yew[7] – included plots of lands of the BUKIT DINDING we know today. All of the estates were rezoned as residential, including this plots of land on the hill.

The incidents of notorious landslides of Highland Tower (1993) and Bukit Antarabangsa (2008) had halted slope developments throughout the country. Nevertheless, it is remained unknown why the land plots zoning for slopes of Bukit Dinding (and many other hills in the country) was never rezoned until today.”

(Sumber: Wikipedia: Bukit Dinding: "History").

1983-1995: Gonggang Estate Menjadi Setiawangsa

Sepanjang tahun 1983-1995, Ladang Gonggang Estate, termasuk kawasan kaki dan lereng sebelah barat daya Bukit Dinding, mula dibangunkan oleh syarikat Island & Peninsular (I&P) Group Sdn Bhd, kemudiannya dikenali sebagai “Taman Setiawangsa”. Peringkat terakhir pembangunan ini ialah Puncak Setiawangsa, dan disiapkan pada tahun 1995:-

“Nama Gonggang kali terakhir digunakan pada tahun 1980an apabila pihak kerajaan melalui syarikat pemaju I&P mula untuk memajukan kawasan yang dikenali sebagai Gonggang Estate atau Ladang Gonggang. … Kampung-kampung kecil yang berada di Ladang Gonggang ini dipindahkah ke Perumahan Kos Rendah yang terletak di Keramat dan nama Gonggang Estate telah ditukar kepada Setiawangsa selepas ia dibangunkan. Sejak daripada itu, nama Gonggang ini akhirnya hilang di dalam lipatan sejarah buat selama-lamanya. Nama Kg Gonggang juga kini telah hilang dan diganti dengan Kg Datok Keramat dan tiada lagi nama Gonggang disebut kecuali di dalam Sejarah Kuala Lumpur. Adalah dipercayai nama Jalan Enggang yang terletak di persimpangan Jelatek / Keramat adalah berasal daripada nama Gonggang dan ditukar oleh pemaju atas sebab yang tidak diketahui. Walaupun nama Gonggang ini telah berkubur, namun begitu sejarah nama Gonggang masih terpahat di dalam dokumen lama Kuala Lumpur dan menjadi sebahagian daripada sejarah Wangsa Maju yang menjadi salah satu daripada daerah yang termaju di Bandaraya Kuala Lumpur ini.” (Budak Wangsa Maju, 23 September 2018: |"Gonggang: Nama yang hilang di Setiawangsa").

““Setiawangsa caters mainly for the upper-middle to upper class. The terraced houses there, especially in Puncak Setiawangsa, are priced from RM700,000 to RM1.5 million while the semidees and bungalows cost RM1.5 million to RM2 million and RM3 million to RM7 million respectively,” says LaurelCap Sdn Bhd executive director Stanley Toh. “Thus, only a certain income group can afford the properties there.” The non-landed residential properties in the area fetch about RM400 psf. According to Toh, Taman Setiawangsa was developed by Island & Peninsular (I&P) Group Sdn Bhd. “Taman Setiawangsa was developed by I&P Group. The foothill and mid-hill areas were developed in stages in the 1980s before work started on Puncak Setiawangsa, which was completed in 1995,” he says. The 100ha suburb comprises about 3,092 residential units, a large portion of which are freehold, he adds. According to Metro REC Sdn Bhd managing director Ng Weng Yew, Setiawangsa is also the operational base for multinational corporations such as Texas Instruments Inc and pharmaceutical company Fidin Universal Sdn Bhd. “Setiawangsa is also well known for Bukit Dinding, a hill that houses a 200-acre forest,” says Ng. … “Setiawangsa comprises foothill and mid-hill areas such as Taman Setiawangsa, Puncak Setiawangsa and Bukit Setiawangsa,” says Ainnura Aerina Sabirin, who grew up in the area.” (Hannah Rafee @ The Edge Malaysia, January 31, 2019: |"Cover Story: Still a popular address for property buyers").

Perihal syarikat Island & Peninsular (I&P) Group Sdn Bhd:-

  • 1981-09-21: Island and Peninsular, pemaju di Pulau Pinang, mengambil alih Associated Malaysian Enterprise (AME) @ Visan Holdings, pemilik Gonggang Estate: “Island and Peninsular, which has so far concentrated its property development activities in Penang, is expanding into Kuala Lumpur. In an announcement yesterday, the group said it is acquiring a land owning company, Associated Malaysian Enterprise Sendirian Berhad (AME), from Visan Holding Sendirian Berhad for $35.5 million in cash less the liabilities of AME as at he completion date. … AME's principal asset is Gonggang Estate - a freehold property of about 253 acres located within the Bandar Baru Ampang-Ulu Klang area. Adjoining its north and north eastern border is Hawthornden Estate which has been acquired by the government.” (BUSINESS TIMES, 22 September 1981, Page 13: |"I & P moves into Kuala Lumpur").
  • Sekitar Mei 1983, cadangan pelan pembinaan 6,000 unit perumahan, 150 unit kedai, dan sebuah pusat membeli-belah di Ladang Gonggang telah diluluskan, dan bakal dibina mulai akhir tahun 1983: “I & P said the layout plan for the 102-hectare Gonggang Estate site has been approved. The scheme will comprise well over 6,000 residential units, about 150 shophouses as well as a modern shopping and commercial centre. Building work and house sales by progress payments have been planned for the end of this year.” (BUSINESS TIMES, 26 May 1983, Page 12: |"Island & Peninsular to buy third piece of land").
  • Projek tersebut dijalankan sekitar tahun 1984: “Besides development activities in Penang, its previous home base, Island & Pen now has three ongoing projects in Kuala Lumpur - a 6,150-unit housing project known as Gonggang Estate in Ulu Klang, a new township in Kinrara Estate and a head office complex in Kuala Lumpur's Golden Triangle.” (The Business Times, 13 November 1984, Page 15: |"Island & Pen in joint venture to develop apartments").


Persimpangan Jalan Jelatek, Desa Tun Hussein Onn, dan Taman Setiawangsa, di dalam petikan suatu babak dari filem Hanny (1993): “Jalan Jelatek (berhampiran Taman Setiawangsa), Kuala Lumpur yang masih lengang pada tahun 1993.” (SIAR @ Facebook: |"Jalan Jelatek (berhampiran Taman Setiawangsa)").

Setiawangsa Kini

Peta sekitar Gonggang Estate, 1967Peta sekitar Gonggang Estate (Setiawangsa), kini
Peta sekitar Gonggang Estate, tahun 1967 (berdasarkan peta Malaysia : Director of National Mapping, 1967: |"Malaysia, Selangor, Kuala Lumpur, Series: L8010, Sheet 94k, 1967, 1:25 000") dan kini (berdasarkan Google Maps). Garis biru: Sungai Peran, anak Sungai Bunus yang merentasi Gonggang Estate (sempadan hijau, iaitu Setiawangsa kini): “Sungai Bunus mempunyai kawasan tadahan seluas 17 kilometer persegi meliputi kawasan Wangsa Maju dan Setiawangsa. Dua anak sungai utamanya ialah Sungai Air Panas yang mengalir dari kawasan tadahan Wangsa Maju dan Sungai Peran meliputi kawasan tadahan Setiawangsa.” (Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, 2020: |"Laporan Tahunan 2020", m.s.88). Bulatan cokelat: Puncak Bukit Dinding. Bulatan ungu: puncak bukit-bukit kecil, sebagai beberapa mercu tanda kawasan ini. Bulatan merah: Kawasan Perkuburan Loke Yew.

Pusat Komuniti SetiawangsaSekolah Kebangsaan SetiawangsaAEON AU2
Kiri: Pusat Komuniti Setiawangsa. Tengah: Sekolah Kebangsaan Setiawangsa. Kanan: AEON AU2.

Selain petikan dan sumber yang dinyatakan, rencana ini telah diusahakan oleh TMK Pulasan, di bawah kelolaan Syahrul Sazli Shaharir <sazli@pulasan.my>. Pengakuan penting: Kami bukan ahli sejarah! Sila klik di sini untuk penjelasan lanjut.

gonggang_estate.txt · Last modified: 2024/03/28 16:23 by sazli