User Tools

Site Tools


konfrontasi_pemuda

Para Pemuda Konfrontasi (1964-1968)

Dirujuk oleh

Ringkasan

13 orang pemuda yang didapati bersubahat dengan pasukan penceroboh dari Indonesia dalam peristiwa Konfrontasi Indonesia-Malaysia berhadapan dengan hukuman gantung di Penjara Pudu. Setelah rayuan dibuat terhadap Sultan Johor dan Perak, dengan bantuan beberapa pihak, akhirnya mereka mendapat pengampunan, dan hukumannya diubah kepada penjara seumur hidup.

Akhbar Nanyang Siang Pau pernah mengimbau peristiwa ini pada 4 Mac 2001:-

Nanyang Siang Pau, 4 Mac 2001
Keratan akhbar Nanyang Siang Pau, 4 Mac 2001 (Lostgens: "Goodbye Pudu Jail").

Kronologi

1964 (17 Ogos - 29 Oktober): Kemungkinan 11 pemuda Cina di Johor ditangkap sekitar tarikh-tarikh pendaratan penceroboh konfrantasi di lokasi-lokasi berikut: “Pada 17 Ogos, pasukan payung terjun mendarat di pantai barat daya Johor dan cuba membentuk pasukan gerila. Pada 2 September 1964, pasukan payung terjun mendarat di Labis, Johor. Pada 29 Oktober, 52 anggota tentera mendarat Indonesia di Pontian di sempadan Johor-Melaka, tetapi ditangkap oleh pasukan Rejimen Askar Melayu Diraja dan New Zealand, manakala yang selebihnya berjaya ditahan oleh Pasukan Polis Hutan di Batu 20, Muar, Johor.” ("Wikipedia: Konfrontasi Indonesia-Malaysia").

1965-02: 2 pemuda Melayu di Perak ditangkap ketika pendaratan dengan sebuah sampan di Kampung Panchor, berhampiran Pantai Remis, Perak, bersama-sama enam orang penceroboh konfrantasi bersenjata, dalam bulan Februari, 1965.

1967-11-23: Karya tawanan konfrantasi: kemungkinan kalangan tahanan yang sama: “Novel chinta pelajar: 'PATAH BERDUA'. Harga: $2.20, oleh MAS NURAH. Karya tawanan konfrantasi, naskhah-nya di-terima dalam penjara Pudu Kuala Lumpur.” (Berita Harian, 24 November 1967, Page 5: |"Halaman 5 Iklan Ruangan 2").

1968-07-04: “Dr. Tan Chee Khoon, Setiausaha Agong Gerakan Ra'ayat Malaysia jam 8.30 pagi ini mengirim taligram kapada Sultan Johor meomhon Baginda mengampunkan enam orang pemuda China yang akan di-hukom bunoh. Sementara itu, Enche D.R. Seenivasagam, Presiden Parti Progresif Ra'ayat dan Setiausaha Agong-nya Enche Chan Yoon Onn mengirim kawat melalui Setiausaha Kerajaan Johor memohon baginda mengampunkan mereka. … Dr. Tan berkata, sejak tiga tahun lalu itu ibu-bapa2 pemuda2 itu telah datang menemui-nya dan beliau sendiri menemui pemuda2 itu di-Penjara Pudu. … Telah di-sahkan hari ini bahawa 11 orang pemuda menunggu perentah hukuman bunoh Mahkamah Tinggi kerana mempunyai senjata2 api atau peluru dalam masa konfrantasi Indonesia dulu. Dan sa-orang lagi, Teo Boon Chai atau Tay Ah Sin telah di-hukum penjara sa-umor hidup oleh Mahkamah Tinggi di-sini Isnin lalu sa-telah Privy Council memerentah ulangbichara. … Sa-belas orang pemuda yang menunggu hukuman itu ialah: Oie Hee Koi; Ooi Wan Yiu atau Wong Kam Shin; Law Kiat Ling atau Loh Kiat Ling; Ng Seng Huat atau Ng Ching Kim. Lee Ching Sai atau Lee Xooh Kheng; Tan See Boon atua Tan Guan Fhim; Ho Ming Siang atau Ho Sang; Lee Hoo Boon atau Lee Cheng Hoe. Lee Siang atau Lee Ah Kim atau Lee Bok Lin; Lee Fook Lim dan Lee Ah Bah atau Lee Shea Hue.”
Lee Hoo BoonNg Seng HuatLee Ching SaiLaw Kiat Lang

(Sumber: Berita Harian, 5 July 1968, Page 1: |"2 orang tokoh pembangkang rayu kapada Sultan Johor").

1968-07-25: Perbicaraan ditangguhkan, ditunda hingga 5 Ogos 1968: “Perbicharaan bagi rayuan supaya di-tanggohkan hukuman bunoh ka-atas 11 orang pemuda China, yang bersubahat dengan pencheroboh2 Indonesia sa-waktu konfrantasi, telah di-tunda pada 5 Ogos. Ini di-persetujui oleh Penasihat Kanan Undang2 Persekutuan, Enche Ajaib Singh, dan Enche Sim Teow Gok, sa-orang dari peguam pemuda2 tersebut hari ini. Enche Sim, pembela empat daripada 11 orang pemuda itu, telah mengemukakan rayuan kapada Mahkamah Tinggi pada 17 Julai lalu. Beliau juga telah mengemukakan rayuan yang sama bagi pehak P.G. Lim, peguam yang membela 7 orang pemuda lain. Perbicharaan itu pada mula-nya di-jadualkan hari ini, tetapi telah di-tunda hingga 5 Ogos. Penundaan perbicharaan itu telah di-persetujui oleh kedua belah pehak Mahkamah Tinggi dan peguam2 tersebut. Rayuan itu ia-lah bagi menahan penguasa Penjara Pudu dari menjalankan perentah hukuman mati ka-atas pemuda2 tersebut. Enche Sim juga menjelaskan bahawa ibubapa pemuda2 tersebut akan merayu kapada Perdan Menteri. Sementara itu di-Kuala Lumpur. Setiausaha Agong DAP, Enche Goh Hock Guan, hari ini menyatakan terperanjatnya mengetahui sa-lain dari pemuda2 itu terdapat dua orang pemuda Melayu lagi yang menghadapi hukuman sama. Beliau menyeru Kerajaan supaya menjelaskan dengan terang tentang jumlah kesemua pemuda2 yang maseh menanti hukuman mati di-Penjara Pudu. DAP, kata beliau, akan meneruskan langkah memungut tanda tangan untok merayu kapada Sultan2 Johor dan Perak, bagi menyelamatkan jiwa pemuda2 itu. Enche Goh menyatakan rasa gembira-nya kerana badan Pengampunan Antarabangsa di-London dan 4 orang professor di Monash Universiti, Australia, yang turut merayu bagi pemuda2 tersebut.”

P.G. Lim

(Sumber: Berita Harian, 26 July 1968, Page 5: |"RAYUAN TANGGOH HUKUM BUNOH PADA BULAN DEPAN").

1968-07-27: “Perdana Menteri, Tengku Abdul Rahman sendiri akan memohon supaya di-ringankan hukuman ka-atas 13 orang pemuda yang telah di-hukum bunoh dan yang sekarang ini menunggu tali gantong di-Penjara Pudu. Rayuan2 itu akan di-buat kapada Sultan Johor dan Raja Muda Perak serta Lembaga2 Pengampunan kedua negeri itu. Sa-ramai 11 orang pemuda itu dari Johor telah di-hukum kerana bershubahat dengan Indonesia dalam masa konfrantasi. Dua orang lagi ia-lah pemuda2 Melayu dari Perak: Mohamad Noor atau Timbul bin Logi, 24 tahun, dan Mohammad Sidin bin Mohamad Noor, 27 tahun.” (Berita Harian, 28 July 1968, Page 1: |"Harapan baru untok 13: Tengku akan merayu...").

1968-08-13: “Kesemua 11 orang pemuda yang di-hukum gantong kerana bershubahat dengan pencheroboh2 Indonesia ketika konfrantasi telah di-beritahu bahawa ibubapa2 dan keluarga2 mereka hanya akan di-benarkan menziarah mereka hingga hari Khamis ini. Ini di-beritahu oleh beberapa orang ibu-bapa mereka yang melawat ka-Penjara Pudu hari ini. Lebeh dari 100 orang saudara mereka juga menziarah dan kemudian menunggu di-luar. Menurut berita2 semalam, pemuda2 itu mungkin di-gantong Juma'at ini. Peguam pemuda2 itu, Che P.G. Lim datang menemui 11 orang pemuda itu pada jam 3 petang dan keluar pada kira2 6.15 petang. Ketika di-tanya akan harapan pemuda2 itu terlepas dari tali gantung, beliau menjawab: “Harapan-nya tipis.” Kata-nya, rayuan-nya kapada Mahkamah Federal untok menanggoh hukuman itu telah di-buat pada 7 Ogos lalu dan beliau tidak pasti bila-kah hal itu akan di-putuskan. Beliau keberatan mengulas apa-kah hukuman gantong itu boleh di-jalankan sa-belum putusan tersebut. … Anggota2 Pasokan Polis Penchegah Rusohan berkawal di-luar penjara ketika saudara mara 11 orang pemuda itu menunggu di-luar. Sementara itu di-Ipoh, Naib Yang di-Pertua PPR, Dato S.P. Seenivasagam hari ini menyeru Tengku Abdul Rahman supaya menolong menanggohkan hukuman bunoh ka-atas 11 orang itu. Dalam sa-buah kenyataan-nya, Dato Seenivasagam berkata: “Jelas sekarang bahawa tarikh menentukan hukuman bunoh ada-lah keputusan pehak pentadbiran - bukan keputusan undang2. Baginda Sultan tidak kena mengena dalam menentukan tarikh hukuman itu di-jalankan. Pehak berkuasa penjara di-bawah Kementerian Dalam Negeri yang menetapkan tarikh hukuman itu.” Dalam sa-buah kenyataan bersama dengan sa-orang peguam bela lain, Enche A. Mahendran, beliau berkata bahawa berita mengenai 13 orang pemuda (termasok dua pemuda Melayu di-Perak) akan digantong telah memeranjatkan ibubapa2 dua pemuda Melayu itu - Mohamad Sidin dan Mohamad Nor. Tegas-nya, hukuman gantong ka-atas dua orang itu dengan sendiri-nya di-tunda sa-telah rayuan ulangbichara di-majukan kepada Privy Council. Di-Melaka, Presiden PPR Enche D.R. Seenivasagam berkata, Kerajaan akan bersalah kalau 11 orang pemuda itu di-gantong sa-belum sidang Parlimen Isnin depan. Kata-nya, ia telah pun memajukan usul mengenai orang2 itu dalam Parlemen dan Speaker Dewan Ra'ayat telah pun memberitahu-nya usul itu akan di-debat dalam Parlemen. Dengan demikian tidak-lah wajar orang2 itu di-gantong dahulu. Sementara itu, Enche Goh Hock Guan, Setiausaha Agong DAP juga mendesak supaya pemuda2 itu jangan di-bawa ka-tali gantung sa-belum sidang Parlemen hari Isnin depan.” (Berita Harian, 14 August 1968, Page 1: |"Sa-hari saja lagi bagi keluarga temui 11 di-penjara Pudu").

1968-08-15: “Polis telah menyuraikan kira2 600 orang yang berhimpun depan Penjara Pudu pada kira2 jam 3.15 petang tadi sa-telah beberapa orang anggota polis di-lempar dengan batu, botol dan kayu. Hingga lewat petang tadi, 13 orang di-berita-kan telah di-tangkap. Kejadian itu berlaku sa-telah keluar ibubapa2 11 orang pemuda yang di-hukum mati kerana bershubahat dengan pencheroboh2 Indonesia dalam masa konfrantasi. Hari ini-lah ia-lah hari terakhir ibubapa2 mereka di-izinkan menziarah mereka. Ibubapa2 mereka keluar dari penjara itu pada kira2 jam 2 tengahari sa-telah dari pagi menziarah. Hingga jam 6 petang tadi keadaan tenang depan penjara itu yang di-kawal rapi oleh polis.” (Berita Harian, 16 August 1968, Page 1: |"Anggota2 polis di-lontar batu, 13 di-berkas").

1968-08-16: “Pelaksanaan hukuman gantong ka-atas 11 orang pemuda yang bershubahat dengan pencheroboh2 Indonesia waktu konfrantasi dulu telah di-tanggohkan hari ini. Keputusan ini di-ambil oleh Lembaga Pengampunan Johor yang bersidang khas pagi ini atas perentah Sultan Johor sa-lepas Baginda menerima se-puchok surat dari Perdana Menteri, Tengku Abdul Rahman. Surat itu di-sampaikan oleh Menteri Kehakiman, Enche Bahaman bin Shamsuddin yang tiba di-Johor Baharu malam tadi dan ikut hadhir dalam sidang khas itu mulai jam 9 pagi tadi. Perentah menanggoh perlaksanaan hukuman gantong itu kemudian segera di-sampaikan ka-pada pehak berkuasa Penjara Pudu, tempat pemuda2 itu sedang di-tahan. … Presiden Parti Progresif Ra'ayat (PPP), Enche D.R. Seenivasagam berkata bahawa walau pun hukum mati itu di-tanggohkan tetapi peluang pemuda2 itu di-ampunkan ada-lah besar. … Enche Seenivasagam menyatakan bahawa ia akan meminta izin untok mengemukakan satu rang undang2 mengenai 13 orang pemuda ini dalam sidang Parlimen mulai hari Isnin ini. … Usul beliau itu menyeru Dewan supaya mengganti-kan hukuman mati keatas orang2 yang di-hukum mati berthabit dengan kesalahan2 di-bawah Undang2 Keselamatan Dalam Negeri semasa konfrantasi kapada hukuman penjara. … Sementara itu, keadaan di-Penjara Pudu sudah dapat di-kawal. Jalan di-hadapan penjara itu, Jalan Shaw yang di-tutup untok semua lalu lintas semalam telah di-buka semula sa-belum pukul 1 tengah hari ini. Beliau telah membuat rayuan kapada Majlis Privy mengenai dua orang pemuda Melayu yang di-hukum ati di-Perak. Tidak ada lagi orang ramai berhimpun di-hadapan penjara itu saperti dua tiga hari lalu. Yang kelihatan hanya saudara mara pemuda2 yang di-hukum itu.” (Berita Harian, 17 August 1968, Page 1: |"Hukuman gantong di-tanggohkan").

1968-08-25: “Dato S.P. Seenivasagam dan Enche A. Mahendran, peguambela dua orang pemuda yang di-hukom bunoh oleh Mahkamah Tinggi Ipoh kerana kesalahan2 dalam masa konfrantasi dulu akan menghantar suatu rayuan pengampunan bersama yang baru kapada Lembaga Pengampunan Perak dalam sa-hari dua ini. … Mereka telah di-tangkap ketika mendarat bersama2 enam orang lagi orang2 Indonesia yang bersenjata dengan sa-buah sampan di-Kampong Panchor, dekat Pantai Remis dalam bulan Februari 1965.”
Dato S.P. Seenivasagam

(Sumber: Berita Harian, 26 August 1968, Page 1: |"Rayuan2 untok dua lagi ka-Ipoh").

1968-08-26: “Lembaga Pengampunan Negeri Perak akan menimbangkan sa-mula nasib dua orang pemuda Melayu yang menghadapi hukum gantong kerana bershubahat dengan Indonesia sa-masa konfrantasi. … Dua orang itu ia-lah Mohamad Sidin atau Mohamad Sidek bin Mohamad Noor, sa-orang pekerja sukat dari Taiping dan Mohamad Noor atau Timbul bin Login, 20 tahun, anak sa-orang sarjan polis. Pemangku Ketua Penjara Pudu, Enche Said bin Tahiran pula memberitahu bahawa ia belum menerima apa2 perentah untok memindahkan dua orang itu dari “lokap mati.” “Saya di-beritahu bahawa rayuan2 mengenai mereka maseh dalam pertimbangan Privy Council di-London.” Enche Said memberitahu bahawa 11 orang yang “di-ampunkan” oleh Sultan Johor kelmarin telah di-pindahkan dari “lokap2 mati” sa-telah ia menerima perentah malam itu. Hukuman ka-atas 11 orang itu telah di-tukar menjadi hukuman penjara sa-umor hidup. Sementara itu, Pope (Ketua Gereja Catholic) telah menguchap terima kaseh kepada Sultan Johor dan Perdana Menteri, Tengku Abdul Rahman serta Timbalan PM Tun Razak kerana peranan mereka mengampunkan 11 orang itu. … Pope juga telah merayu supaya di-ampunkan dua orang Melayu itu.” (Berita Harian, 27 August 1968, Page 10: |"Lembaga Perak belum terima rayuan ampun bagi 2 Melayu").

1968-08-29:-

  • “Dr. Tan Chee Khoon, Setiausaha Agong Gerakan Ra'ayat Malaysia pagi ini menziarah dua orang pemuda Melayu di-Penjara Pudu yang maseh menunggu tali gantong kerana kesalahan2 dalam masa konfrantasi. … Beliau berharap Lembaga Pengampunan Perak yang bersidang hari Selasa ini akan menimbangkan rayuan baru Perdana Menteri, Tengku Abdul Rahman dan mengampunkan kedua pemuda itu sa-bagai-mana Sultan Johor telah mengampunkan 11 orang pemuda baru2 ini. Dr. Tan juga telah melawat 11 orang pemuda itu. … Sementara itu, Setiausaha Kerja PAS Enche Baharuddin Latiff telah mengirum kawat memohon ampun bagi kedua pemuda Melayu itu kepada Lembaga Pengampunan Perak.”
    Dr. Tan Chee Khoon, Setiausaha Agong Gerakan Ra'ayat Malaysia
    (Sumber: Berita Harian, 30 August 1968, Page 5: | "Dr Tan ziarah pemuda2 Melayu di-Pudu").
  • “Che' Sofiah bt Haji Othman berumor 60 tahun akan mengadakan kenduri keshukoran jika anak-nya terlepas daripada hukuman gantong. Anak-nya ia-lah Saidin atau Mohamad Sidek bin Mohamad Noor berumor 29 tahun ia-lah di-antara dua orang pemuda Melayu di-Perak yang sedang menunggu tarikh hukuman gantong. … Ketika di-temui di-rumah-nya No. 745 Lorong Satu, Kampong Jana, Kamunting, Taiping, Che' Sofiah di-dalam keadaan terharu mengenangkan anak-nya. … Che' Sofiah berasal dari Pontianak, datang ka-Tanah Melayu kira2 40 tahun yang lalu. Mohamad Sidek di-lahirkan di-Singapura. … belajar hingga darjah enam di-Sekolah Inggeris King Edward VII, Taiping dan bekerja sa-bagai mandor dalam Jabatan Ukor Perak di-Taiping. Che' Sofiah berkata, dia terkejut apabila mengetahui anka-nya di-tangkap semasa konfrantasi ketika mendarat di-Panchor, Perak dalam bulan Februari, 1965.”
    Che Sofiah
    (Sumber: Berita Harian, 30 August 1968, Page 7: |"Ibu yang ta' pernah putus asa...").

Selain petikan dan sumber yang dinyatakan, rencana ini telah diusahakan oleh TMK Pulasan, di bawah kelolaan Syahrul Sazli Shaharir <sazli@pulasan.my>. Pengakuan penting: Kami bukan ahli sejarah! Sila klik di sini untuk penjelasan lanjut.

konfrontasi_pemuda.txt · Last modified: 2023/01/18 17:22 by sazli