Jadual Kandungan
Penghukuman Datuk Harun Idris (1976-1981)
Dirujuk oleh
Ringkasan
Pada Jun 1977, menyokong keputusan Mahkamah Tinggi sebelumnya, Mahkamah Persekutuan telah menjatuhkan hukuman penjara enam tahun (2 tahun untuk kesalahan rasuah, manakala 4 tahun untuk kesalahan pemalsuan dokumen) ke atas bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris. Hukuman dijadualkan bermula pada 23 Februari 1978. Permohonan rayuan kepada Majlis Privy di London telah ditolak dan beliau kembali ke tanahair, untuk menyerah diri pada 23 Februari 1978 seperti yang telah dijadualkan. Namun para penyokong telah menahan beliau di rumah, sehingga gagal menghadiri sesi Mahkamah Persekutuan. Beliau akhirnya menyerah diri kepada polis di rumahnya pada 1 Mac 1978, lalu dibawa ke Hospital Besar Kuala Lumpur untuk menjalani pembedahan kecil. Pada 20 Mac 1978, beliau dikeluarkan dari hospital dan dibawa ke Penjara Pudu bagi memulakan hukumannya di sana.
Kronologi
1977-06: Menyokong keputusan Mahkamah Tinggi sebelumnya, Mahkamah Persekutuan telah menjatuhkan hukuman penjara enam tahun (2 tahun untuk kesalahan rasuah, manakala 4 tahun untuk kesalahan pemalsuan dokumen) ke atas bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris. Hukuman dijadualkan bermula pada 23 Februari 1978.
1978-02-20: Permohonan rayuan kepada Majlis Privy di London telah ditolak dan beliau kembali ke tanahair, untuk menyerah diri pada 23 Februari 1978 seperti yang telah dijadualkan.
1978-02-23: Para penyokong menahan beliau di rumah, sehingga gagal menghadiri sesi Mahkamah Persekutuan: “Kira-kira 200 orang penyokong muda bekas Menteri Besar Selangor Datuk Harun Idris telah menguasai rumah Menteri Besar itu dalam cubaan untuk menghalangnya dari pergi ke penjara. Datuk Harun dijadual untuk melaporkan dirinya ke penjara hari ini untuk memulakan hukuman enam tahunnya kerana kegiatan rasuah dan penipuan, setelah gagal baginya membuat rayuan di Privy council di London. Anggota-anggota belia dari Umno, yang Datuk Harun dulunya adalah Presidennya, telah mengawal kawasan perkarangan rumah bekas Menteri Besar Selangor itu dan mengepong pintu rumah tersebut dengan kereta-kereta. Kumpulan-kumpulan polis bersenjata telah mengawasi keadaan tersebut dari jarak yang jauh. Belia Umno cawangan Selangor dalam satu kenyataan hari ini berkata bahawa kerajaan tidak harus penjarakan Datuk Harun sedang pengampungan diraja baginya sedang dipertimbangkan oleh Yang DiPertuan Agung. Kenyataan itu berkata, sekiranya harapan belia Umno bagi pengampunan tidak dihiraukan dan sekiranya Datuk Harun dimasukkan ke penjara, para belia tersebut tidak ada pilihan kecuali mempertahankannya, “walau dengan nyawa mereka sekalipun,” Katanya belia Umno Selangor telah menguasai rumah Datuk Harun dengan maksud demikian dan tidak akan dibenarkan meninggalkan kawasan rumahnya untuk pergi ke penjara. Belia Kebangsaan Umno telah mengusulkan permohonan bagi pengampunan tidak bersyarat kepada Agong dua bulan lalu bagi Datuk Harun kerana khidmat yang telah diberikannya kepada negara dan rakyat. Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Encik Abdul Hamid, semalam telah mengunjungi Datuk Harun dengan satu perintah dari mahkamah bahawa dia harus melaporkan dirinya kepada Penjara Pudu di sini pagi ini. … Belia Umno Selangor awal dari itu menuntut pertemuan dengan Perdana Menteri dan Presiden Umno, Datuk Hussein Onn, minggu ini, untuk mendesak satu tindakan kerajaan dalam menjamin pengampunan tidak bersyarat bagi Datuk Harun. Yang DiPertuan Agung di masa-masa lalu telah memberikan hak istimewa pengampunan pada semua kes, tetapi biasanya beliau bertindak atas saranan-saranan Lembaga Pengampunan yang dilantik oleh kerajaan. Datuk Hussein telah bersetuju untuk bertemu dengan anggota-anggota Melayu dari Dewan Perundangan Negeri Selangor Isnin depan untuk membincangkan soal tersebut, kenyataan Belia itu menegaskan. Menteri Halehwal Dalam Negeri Tan Sri Ghazali Shafie dilaporkan telah menyeru pegawai-pegawai tertinggi keselamatan Malaysia supaya bertemu untuk menimbang langkah-langkah bagi menamatkan secara damai tindakan oleh penyokong-penyokong tokoh politik itu.”
Kiri: “Datuk Harun sedang berdiri dekat tingkap di rumahnya sambil menumpukan perhatiannya ke arah orangramai di luar.”
Kanan: “Ramai penyokong Datuk Harun kelihatan berkumpul dalam kawasan rumahnya dekat pintu masuk.”
(Sumber: Berita Harian, 24 February 1978, Page 1: "DIHALANG UNTUK KE PENJARA").
1978-03-01: Beliau menyerah diri kepada polis di rumahnya, lalu dibawa ke Hospital Besar Kuala Lumpur untuk menjalani pembedahan kecil.
“Yang Dipertuan Agung Malaysia telah menolak rayuan pengampunan oleh Datuk Harun Idris, bekas Menteri Besar Selangor, yang kini sedang menjalani hukuman penjara enam tahun. Keputusan tersebut telah dibuat atas nasihat dari Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan yang bersidang hari ini. … Datuk Harun telah dijatuhkan hukuman penjara enam tahun kerana kegiatan rasuah dan penipuan. Mahkamah Federal Jun lalu telah menyokong hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Tinggi ke atas Datuk Harun kerana menerima rasuah $250,000 dari Perbadanan Hongkong dan Shanghai Bank. Dia juga menyokong tuduhan-tuduhan memalsukan dokumen-dokumen Jawatankuasa Pelaburan Bank Rakyat bagi membiayai pertandingan tinju dunia antara Muhammad Ali dengan Joe Bugner di sini. Mahkamah Federal telah menambah hukuman penjara Datuk Harun dalam kes Bank Rakyat dari enam bulan kepada empat tahun. Datuk Harun kemudian telah pergi ke London bagi memohon rayuan kepada Majlis Privy, tetapi permohonannya ditolak. Dia kemudian pulang semula ke sini pada 20 Februari dan sepatutnya melaporkan diri pada pihak berkuasa Penjara Pudu pada 23 Februari untuk memulakan hukumannya. Satu kumpulan belia anggota dari Umno kemudian telah menguasai rumahnya dan menahannya di sana. Ini menghalang Datuk Harun dari pergi ke penjara dan menghadiri Mahkamah Federal pada 28 Februari. Mahkamah Federal kemudian mengeluarkan notis kepada Datuk Harun dan penjamin-penjaminnya supaya hadir ke Mahkamah. Datuk Harun kemudian menyerah diri pada 1 Mac kepada pihak polis di hadapan rumahnya dan dimasukkan ke dalam Rumahsakit Umum atas nasihat dari seorang doktor kerajaan. Di Rumahsakit, Datuk Harun telah diserahkan kepada pihak berkuasa penjara. Dia kemudian telah menjalani pembedahan selama 30 minit untuk membuang risa dari peha kanannya pada hari yang sama. Dia dijadual akan dipindahkan segera ke dalam penjara tidak lama lagi.”
(Sumber: Berita Harian, 8 March 1978, Page 1: "RAYUAN AMPUN HARUN DITOLAK").
1978-03-20: Beliau dikeluarkan dari hospital dan dibawa ke Penjara Pudu bagi memulakan hukumannya di sana: “Former Selangor Chief Minister, Datuk Harun Idris, was removed today from hospital to the Pudu jail to begin serving a six-year jail sentence for corruption and forgery, the Home Ministry announced.” (BUSINESS TIMES, 21 March 1978, Page 1: |"Behind bars").
1978-09-06: Mengirimkan kad hari raya kepada wartawan akhbar ini: “A colleague received a Hari Raya card with the greeting in Malay, which roughly translates: “If we cannot meet/Let us forgive/each other from afar/This year the door is closed/There will be no open house.” The sender have his address as Pudu Jail, Kuala Lumpur. He is Dato Harun, now in prison for corruption. The card also showed a cartoon drawing of the Dato greeting a visitor in jail, complete with barred door and window.” (New Nation, 6 September 1978, Page 8: |"Greetings from within").
1981-04: Rayuan Pengampunan Diraja: “Datuk Harun, 55 tahun, yang mula menjalani hukuman itu pada 1 Mac, 1978, dihukum penjara selama dua tahun dalam 1976 kerana melakukan kesalahan-kesalahan rasuah yang melibatkan Bank Hongkong and Shanghai. Pada tahun berikutnya, dia dijatuhkan hukuman penjara empat tahun lagi kerana didapati salah melakukan pecah amanah yang melibatkan Bank Kerjasama Rakyat. … Rayuan Datuk Harun agar hukuman penjara ke atasnya dijalankan serentak, dengan alasan bahawa hukuman-hukuman penjara berturut-turut ke atasnya adalah tidak sah, telah ditolak oleh Mahkamah Persekutuan pada 6 Mac lalu. Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman, kini mengetuai satu kumpulan yang menjalankan inisiatif bagi mendapatkan pengampunan Diraja itu. Satu memorandum rayuan yang mengandungi antara 40,000 dengan 50,000 tandatangan telah diserahkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Muhamad, pada awal bulan ini.” (Berita Harian, 9 April 1981, Page 4: |"Berjayakah Datuk Harun dapatkan keampunan Diraja?").
1981-08-01: Rayuan pengampunan diperkenankan, dan beliau dibebaskan: “Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris, berkata, beliau akan menghantar surat rayuan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Musa Hitam bagi membolehkan beliau memegang jawatan Naib Presiden Umno. Datuk Harun telah dibebaskan dari Penjara Pudu, kira-kira 12.00 tengah malam tadi selepas Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan yang dipengerusikan oleh Yang Dipertuan Agung memutuskan untuk mengurangkan hukumannya. Datuk Harun sepatutnya dibebaskan pada Februari tahun depan tapi disebabkan rayuan pengampunan dibuat maka Seri Paduka berkenan mengurangkan hukuman tersebut. … Pendaftar Pertubuhan telah menolak surat rayuan Datuk Harun yang memohon beliau dikecualikan bagi membolehkan beliau memegang jawatan naib presiden Umno. Datuk Harun menang jawatan tersebut dengan mendapat 757 undi dalam perhimpunan agung parti itu, Jun lalu. … Tunku telah mengusahakan pengampunan Datuk Harun hingga membolehkan beliau dibebaskan dari tahanan semalam.”
“Datuk Harun menemui Tunku Abdul Rahman sejurus selepas dibebaskan.”
(Sumber: Berita Minggu, 2 August 1981, Page 1: |"Harun berhasrat utk kembali giat dlm Umno").
Laman Utama | Hubungi Kami | |||||||
Siri Cebisan Sejarah: | Bangi | Kajang | Kuala Lumpur | Kuantan | Gambang | Ipoh | Hutan | Hubungi Kami |