Jadual Kandungan
Warder Mat Jedi Meninggal Dunia (1966-03-15)
Dirujuk oleh
Kronologi
1966-03-29: “Palang Merah telah memberi berbagai2 jenis pakaian berharga kira2 sa-banyak $100 beberapa hari lalu dan Sharikat Nestles sanggup memelihara anak bongsu itu sa-lam sa-tahun. Sa-lain dari memberi susu tepong, botol susu, kain lapek dada, Rosiah telah menjadi “anak angkat” Puan J. Cheah, sa-orang kakitangan sharikat itu yang akan mengasoh kanak2 itu sa-lama sa-tahun. Jabatan Kebajikan Masharakat telah memberi bantuan-nya yang pertama sa-banyak $25 hari ini dan bantuan wang tiap2 bulan sa-banyak $35. Pegawai Kebajikan Masharakat, Che Fatimah Musa menyatakan bahawa jabatan-nya akan juga memberi bantuan buku2 sekolah empat orang anak Che Minah. Sementara itu, pehak Jabatan Penjara telah membenarkan mereka tinggal dua bulan lagi. Che Fatimah menyatakan bahawa pehak-nya akan chuba meminta sa-buah rumah murah di-kawasan Melayu Kampong Pandan. Tetapi jika keluarga itu tidak mampu dengan bayaran-nya tiap2 bulan, mereka terpaksa menchari rumah2 murah lain.”
“Puan J. Cheah, sa-orang kaki-tangan Sharikat Nestles Kuala Lumpur, telah menjadi “ibu angkat” kapada Rosiah, berumor tiga bulan, anak bongsu Che Minah, balu 'Allahyarham Mat Jedi yang meninggal dunia dua minggu lalu. Susu tepong “Lactogen” dan makanan kanak2 “Nestum” serta botol susu dan pelapek dada kanka2 untok sa-tahun telah di-hadiahkan oleh sharikat itu. Gambar menunjokkan Puan Cheah sedang mengendong Rosiah, sementara Che Minah memerhati dengan penoh terharu terhadap sumbangan yang di-berikan oleh sharikat tersebut.”
(Sumber: Berita Harian, 30 March 1966, Page 5: | "Bantuan untok janda yang sedang derita").
1966-03-30: “Penderitaan keluarga Allahyarham Mat Jedi bin Ahmad, sa-orang warder Penjara Pudu yang telah meninggal dunia sejak dua minggu lalu sa-chara mengejut, telah mendapat perhatian dari beberapa orang dermawan dan sharikat di-ibukota ini. Syed Nasir Ismail, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka semalam telah menghulorkan derma sa-banyak $30 kapada balu Allahyarham itu semntara Inche Musa Hitam, Setiausaha Kerja UMNO Malaysia telah juga menderma $30. Syed Nasir dan Inche Musa berharap derma mereka ini akan di-susul dengan derma2 lain. Syed Nasir berjanji akan mengedarkan surat keliling kapada pegawai2 dan kaki-tangan2-nya untok menghulorkan derma Che Aminah binti Osman, janda Allahyarham yang menanggong 8 orang anak.”
“Gambar menunjok-kan Che Aminah (ka-nan sa-kali), waktu menerima bantuan dari Sharikat Nestles kelmarin, Puan Cheah sedang menolong memasang barut anak-nya Rosiah berumor tiga bulan.”
(Sumber: Berita Harian, 31 March 1966, Page 2: "Penderitaan-nya dapat perhatian").
1966-04-01: “Pegawai Kebajikan Masharakat, Che Fatimah binti Musa, akan menchuba memintakan sa-buah rumah murah di-kawasan Melayu Kampong Pandan daripada Pesurohjaya Ibu Kota untok Che Aminah binti Osman, janda yang berusia 36 tahun itu. Suami-nya, Inche Mat Jedi bin Ahmad, 43, bekerja sa-bagai warder di-Penjara Pudu di-sini, telah meninggal dunia sa-chara tiba2 pada 15 March yang lalu, meninggalkan sembilan orang anak. Masa'alah saya sekarng ia-lah menchari rumah. Saya terpaksa meninggalkan rumah ini dalam dua bulan lagi,” kata Che Aminah dengan suara yang sedih sekali. “Saya tidak sanggup membayar sewa rumah yang mahal”, kata-nya. Bahkan sewa rumah $35 sa-bulan di-Kampong Pandan itu pun sudah mahal untok Che Aminah.“ (Berita Harian, 2 April 1966, Page 2: |"Rumah boleh dapat tapi sewa rumah jadi soal").
1966-04-03: “Pehak Majlis Munisipal Kuala Lumpur sedia memberi rumah murah kepada Che Aminah binti Osman, janda Allahyarham Mat Jedi yang mempunyai lapan orang anak. Sharat-nya: Jabatan Kebajikan Masharakat Selangor hendak-lah menolong Che Aminah membuat permintaan mendapatkan rumah itu. Demikian di-nyatakan oleh Pesurohjaya Ibukota, Tuan Haji Ismail Panjang Aris hari ini. … Menurut Tuan Haji Ismail, biasa-nya rumah2 murah itu di-berikan menurut undi. Ini ia-lah di-sebabkan peratoran2 yang di-tentukan kapada sa-tiap permohonan untok men-dapatkan rumah2 tersebut. Kerana itu, sukar-lah untok hendak mengutamakan permohonan Che Aminah. Bagaimanapun, sa-kiran-nya pehak Jabatan Kebajikan Selangor menyokong permohonan itu, ia sedia mengutamakan-nya, kata Tuan Haji Ismail.” (Berita Harian, 4 April 1966, Page 5: |"MAJLIS BANDARAN SEDIA BERI RUMAH KAPADA JANDA MALANG").
1966-04-10: “Sumbangan sa-besar $5,000 untok membeli sa-buah rumah murah di Kampong Pandan untok Che Aminah dan 9 orang anak-nya. … Di-nyatakan juga dia sedia menyambut tawaran Tuan Haji Ismail Panjang Aris, Persurohjaya Ibukota yang baharu2 ini memberi jaminan akan memberi sa-buah rumah murah di-Kampong Pandan jika Che Aminah mempunyai wang $5,000. “Tetapi Mak Chik tak ada wang barang satu sen pun untok membeli rumah itu”, kata Che Aminah lagi. Dia memberitahu lagi bahawa ia tidak bertujuan untok pulang ka-Melaka, tempat asal-nya,” kerana saya tidak mempunyai saudara langsong di-sana sekarang.”“
(Berita Harian, 11 April 1966, Page 2: |"Aminah perlukan $5,000 untok beli rumah murah di-Kg: Pandan").
1966-04-15: “Jabatan Kebajikan Masharakat Selangor akan berusaha membantu Che Aminah dan sembilan orang anak-nya mendapatkan sa-buah rumah murah di-Kampong Pandan di-sini. Demikian Pegawai Jabatan Kebajikan Masharakat Selangor, Che Fatimah Musa menyatakan hari ini.” (Berita Harian, 16 April 1966, Page 5: |"Rumah untok keluarga Che' Aminah").
1966-04-17: “Che Aminah berumor 36 tahun ia-lah balu Allahyarham Inche Mat Jedi, sa-orang Warder penjara Pudu di-sini yang meninggal dunia sa-chara tiba2 pada pertengahan bulan lalu. Ia sekarang tinggal menumpang bersama sembilan orang anak-nya di barek penjara Pudu sa-lama tiga bulan lagi. Empat orang anak lelaki-nya maseh belajar di-Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki dan di-Sekolah Kebangsaan Jalan Pasar. Anak-nya yang kedua, Rokiah berumor 16 tahun sekarang bekerja sambilan dengan Sharikat Nestle, Jalan Brickfield mendapat gaji $4 sa-hari. Keluarga itu sekarang maseh mengharapkan bantuan orang ramai untok menchari sa-buah rumah murah di-Kampong Pandan dan perbelanjaan anak2-nya bersekolah.” (Berita Harian, 18 April 1966, Page 2: |"Che' Aminah maseh harap bantuan dari orang ramai").
1966-05-09: “Speaker Dewan Undangan Selangor, Dato Abdullah Yasin hari ini berjanji akan menderma $30 kapada Che Aminah binti Osman dan sembilan orang anak-nya yang sedang telantar di-sini sekarang. … Derma Che Aminah dari sumbangan orang ramai yang di-terima oleh akhbar ini sekarang brjumlah $894.50. … Sementara itu UMNO bahagian Kuala Lumpur akan melanchar satu kutipan derma untok membantu Che Aminah. … Pergerakan Kaum Ibu UMNO bahagian Bukit Bintang sekarang sedang menguruskan kutipan derma yang sama. “Hasil dari gerakan kami ini dapat di-ketahui beberapa hari lagi,” kata Senator Aishah Ghani, ketua pergerakan bahagian itu.” (Berita Harian, 10 May 1966, Page 2: |"Keluarga yang malang terus di-bantu tapi maseh kesulitan").
1966-06-01: “Che Aminah binti Osman, berumor 36 tahun, mungkin tidak berjaya membeli sa-buah rumah murah di-Kampong Pandan di-sini. Kerana itu, dia berchadang untok mendirikan sa-buah pondok dari wang derma orang ramai kapada-nya. Persurohjaya Ibukota, Tuan Haji Ismail Panjang Aris ketika di-hubongi hari ini berkata: “Saya tidak dapat memberi jaminan sama ada Che Aminah akan di-beri rumah di-Kampong Pandan atau tidak.” Kata-nya, permintaan untok mendapatkan rumah di-situ telah pun di-tutup. Tetapi Che Aminah boleh membuat rayuan lagi kapada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dengan seberapa segera. Sementara itu, Pegawai Jabatan Kebajikan Masharakat Selangor, Che Fatimah Musa berkata dia akan berusaha juga untok membuat permintaan membeli rumah kapada Che Aminah di-Kampong Pandan itu. … Dia mendapat bantuan $35 tiap2 bulan dari Jabatan Kebajikan Masharakat Selangor dan sumbangan susu sa-lam a sa-tahun dari Sharikat Nestle's.”
(Sumber: Berita Harian, 1 June 1966, Page 2: |"Che' Aminah akan dirikan pondok dari wang derma").
1966-06-07: “Pegawai Kebajikan Masharakat Selangor, Che Fatimah Musa menyatakan kesal-nya ka-pada pehak munisipal Kuala Lumpur kerana tidak dapat memberi sa-buah rumah murah di Kampong Pandan di-sini untok Che Aminah dan anak2nya. … Che Aminah yang mempunyai 9 orang anka di-beri tempoh dua bulan sahaja lagi untok tinggal di-situ oleh pehak penjara. Empat orang anak-nya maseh bersekolah lagi. Anak perempuan-nya, Rokiah, berumor 17 tahun telah mendapat kerja dengan Sharikat Malayan Fibre Containers, Petaling Jaya sejak 1 June lalu.” (Berita Harian, 7 June 1966, Page 2: |"Fatimah Musa rayu kapada Majlis Bandaran").
1966-07-20: “Pehak Munisipal Kuala Lumpur telah meruntohkan rumah Che Aminah binti Osman yang baharu di-dirikan di-Kampong Pandan Kilat di-sini petang ini. Dengan itu harapan-nya untok memileki rumah sendiri hanchor sama sa-kali sekarang. Che Aminah mendirikan rumah itu dari wang derma orang ramai yang di-kumpulkan oleh akhbar ini. Dia mengeluarkan belanja $600 untok mendirikan rumah tersebut. Derma orang ramai ka-pada-nya berjumlah $649.50. … Che Aminah mendirikan rumah-nya tiga hari yang lalu. Dia berchadang akan berpindah pada hari Ahad ini. Senator Aishah Ghani, Ketua Pergerakan Kaum Ibu UMNO bahagian Bukit Bintang terperanjat besar bila di-beritahu tentang kejadian ini. Beliau telah pergi sendiri ka-tempat rumah Che Aminah yang baharu di-dirikan sa-jam sa-telah rumah itu di-robohkan. Kata-nya, saya juga tidak menduga perkara itu boleh berlaku. Beliau akan berjumpa dengan Pesurohjaya Ibukota, Tuan Haji Ismail Panjang Aris mengenai kejadian yang berlaku itu esok.” (Berita Harian, 21 July 1966, Page 1: |"Rumah Che' Aminah di-bena dgn wang dermawan roboh RUMAH CHE AMINAH KENA ROBOH").
Laman Utama | Hubungi Kami | |||||||
Siri Cebisan Sejarah: | Bangi | Kajang | Kuala Lumpur | Kuantan | Gambang | Ipoh | Hutan | Hubungi Kami |