User Tools

Site Tools


penjara_pudu_pembinaan

Pembinaan Penjara Pudu (1891-1895)

Dirujuk oleh

1891-1895: Pembinaan

Penjara Pudu mula dibina pada 1891, dan siap pada 1895. Rekabentuk serta pembinaannya adalah untuk memuatkan seramai 950 orang banduan, dan dijalankan oleh jurutera negeri merangkap pengarah Public Works Department ketika itu, iaitu Charles Edwin Spooner. Ianya telah menelan kos sebanyak RM 138 000 ($320 000), dan dibina dalam enam peringkat menggunakan besi, batu bata dan simen, yang diimport dari koloni-koloni British. Ianya dibina di suatu kawasan hutan di sebelah tenggara Kuala Lumpur (lama), yang telah diterangkan, bernama Kampung Pudu. Kawasan tersebut dipilih oleh kerana lokasinya yang strategik (agak hampir dengan bandar, tapi bukan jarak yang membahayakan). Ianya dikelilingi deretan kedai dan kediaman polis dan para pegawai penjara: “Pudu Jail’s construction began in 1891 and was completed in 1895. It was designed by Charles Edwin Spooner, the state engineer and director of Public Works Department to fit 950 inmates. At the cost of RM 138 000 ($320 000), the prison was built in six phases using steel, brick and cement, all imported from British colonies. Built in a jungle clearance named Pudu Village (south east of old Kuala Lumpur), the prison’s location seemed ideal during that period, being conveniently close to the city but not close enough to be a threat. Surrounding the prison walls were rows of shop-houses and residential of police and prison officers.”

Figure 5: Author’s sketch of Pudu Jail’s location in 1900.Figure 7: A sketch of Pudu Jail’s early layout.
Kiri: Lakaran peta lokasi Pudu pada tahun 1900-an, oleh Mariana Isa: “Figure 5: Author’s sketch of Pudu Jail’s location in 1900.”
Kanan: Lakaran pelan Penjara Pudu pada peringkat awal: “Figure 7: A sketch of Pudu Jail’s early layout.”

Struktur utamanya ialah blok tahanan besar setinggi 3 tingkat, yang berbentuk seperti “St. Andrew's Cross”. Ianya dibina dengan batu dan konkrit, dengan ruang laman di tengah-tengahnya untuk tempat berkumpul, serta pengudaraan dan sumber cahaya. Ruang tersebut juga dijadikan tempat hukuman sebatan dijalankan. Pintu masuk hadapannya direkabentuk gaya Moorish, dilengkapi dua menara berkubah. Ianya berhadapan blok pengurusan setinggi 2 tingkat, dengan blok penjara wanita dan dapur di dua sisinya. Hospital penjara terletak di sebelah timur, berasingan dari blok utama: “The main prison structure is the Cell Block. Built to the shape of St. Andrew’s cross, it is a massive three storey stone and concrete building housing cells and gallows. The Cell Block has a narrow open courtyard in the centre where whippings took place. The courtyard was a gathering space that served lighting and ventilation purposes. The front gate depicts Moorish architecture in its two domed towers. It led to a two storied building known as the Administrative Block with a separate female prison and prison kitchen on each side. A prison hospital was to the east, separated from the main building.”

Figure 4: Pudu Jail’s front gate in 1896.Figure 18a: Courtyard of Pudu Jail’s Cell BlockFigure 18b: Sketch of Cell Block’s section.
Kiri: Gambar gerbang hadapan pada tahun 1896: “Figure 4: Pudu Jail’s front gate in 1896.”
Tengah: Ruang laman di tengah blok utama (2006): “Figure 18a: Courtyard of Pudu Jail’s Cell Block”
Kanan: Lakaran pencahayaan dan pengudaraan di laman blok utama: “Figure 18b: Sketch of Cell Block’s section.”

Pintu utamanya pula direkabentuk gaya Moorish, dan dilengkapi dua menara berkubah. Sebagai peninggalan zaman Victoria, rekabentuknya dipengaruhi struktur penjara kolonial British pada zaman itu, yang menitikberatkan keselamatan serta pengoperasian secara manual, selain terlindung dan terhindar daripada pandangan orang awam. Ciri binaannya disesuaikan untuk keadaan iklim serta budaya setempat: “A relic of the Victorian period, Pudu Jail’s architecture is strongly influenced by British colonial prison structure and design which emphasizes security and manual operation. The butterfly form of the Cell Block is the key architectural asset, hidden from the view of polite society for a century. The building’s bare design and minimal details strengthens its architectural impact as a prison. Its grim character adds an awkward charm to the place. Spooner has produced a prison design that was suitable to the local climate and culture. These are apparent in the use of courtyards, jack-roofs, large overhangs and the Moorish front gate.”

(Sumber: Mariana Isa @ University of Bath, 2006: |"Pudu Jail Conservation Statement", m.s. 9-10, 16-17).

Bentuk “X” atau “cruciform” pada blok utamanya adalah mirip Penjara Kandy di Bogambia, Afrika: “The prison was built at the then princely sum of $138,000. Its first governor was Lt-Kol J.A.B. Ellen. Also known as Pudoh Gaol, most of its building materials were imported from India and Britain. Its design of an X (cruciform) was copied from the Kandy Prison in Bogambia, Africa. It originally had 240 cells on three floors, but more cells were added over the years. Its mass kitchen, bathrooms, administrative office, hospital and training centre are located outside the main X-building structure.” (The Star, 17 Jun 2008: |"Pudu Prison a prominent landmark in the city").

Sumber Lain Berkaitan Pembinaan

“Penjara Pudu atau dahulunya dikenali sebagai Pudu Goal terletak di Jalan Hang Tuah mula dibina pada tahun 1891 di atas tanah seluas 10 hektar. Pembinaan penjara tersebut telah dibuat secara berperingkat dan telah siap sepenuhnya pada tahun 1895 di era pemerintahan Paduka Sri Almarhum Sultan Sir Abdul Samad Ibni Almarhum Tengku Panglima Besar – Raja Abdullah Ibni Almarhum Sultan Ibrahim Shah Ibni Almarhum Sultan Salehuddin Shah @ Raja Lumu Ibni Raja Chellak yang memerintah Negeri Selangor dari tahun 1857 Hingga 1898. Tembok penjara mula dibina pada Februari 1891 dan siap pada bulan Ogos 1892. Tembok ini dibina daripada batu bata yang dilepa dengan simen yang diimport dari negeri koloni British. Kos bagi pembinaan tembok ini sahaja berjumlah RM 15,360.90 (harga pada tahun 1800an). Bagi blok pentadbiran dan dapur pula, ia mula dibina pada tahun 1892 dengan kos pembinaan sebanyak RM28,700.00 dan RM 3,775.00 (harga pada tahun 1800an). Pada asalnya bangunan pentadbiran terdiri dua tingkat yang menempatkan pejabat “Gaoler”, pejabat kerani, stor, bilik pemeriksaan dan bilik pengawal Reka bentuk untuk dapur penjara adalah menyerupai dapur “pauper hospital”. Bangunan dapur ini mengandungi sebuah stor dan bilik timbang. Sebelum bangunan utama penempatan banduan siap dibina, lima buah bangunan sementara telah dibina bagi menempatkan banduan-banduan yang menjalankan kerja-kerja pembinaan. Bangunan tersebut telah dibina dalam kawasan tembok penjara. Penempatan utama blok C dan D bangunan pertama didirikan pada tahun 1891. Bangunan penempatan utama telah mula dibina pada bulan November, 1891 dan siap pada bulan Mac, 1892. Bangunan penempatan utama ini mengandungi 240 bilik menyerupai Penjara Kandy di Bogambia iaitu berbentuk X dan dibina setinggi tiga tingkat. Setiap blok dipisahkan oleh pintu pagar yang berkunci. Ia dibina dengan harga RM 84,886.00. Pada tahun 1894 sewaktu lawatan Residen British, beliau telah mencadangkan agar dibuat pertambahan sebanyak 54 bilik lagi untuk disambung di Blok C dan D. Kerja-kerja penyambungan ini telah siap dibuat pada tahun 1895. Blok D telah menempatkan bilik akhir dan bilik gantung. Dari tahun 1960 hingga 1993, seramai 180 pesalah telah menjalani hukuman gantung sampai mati disini. Muatan asal Penjara Pudu pada awal pembinaannya hanyalah seramai 600 orang pesalah. Setelah kemasukan yang kian meningkat, pembinaan baru telah dibuat, sehinggalan penjara ini mampu menampung 2,000 orang pesalah dengan kadar muatan selesa. Kumpulan banduan yang terawal menghuni penjara ini diambil dari daerah Jugra, Hulu Langat, Banting, Ampang, Klang dan Rawang. Sebelum penjara ini diwartakan sebagai penjara reman, terdapat beberapa kategori banduan telah ditempatkan iaitu banduan jatuh hukum, banduan akhir, banduan buang negeri, banduan buang tempatan, banduan seumur hidup dan banduan seumur hayat. Sumber : Jabatan Penjara Malaysia dan rujukan lain.” (Wangsa Mahkota Selangor, 2 Disember 2012: |"PENJARA PUDU-PENJARA GOAL – KETIKA PEMERINTAHAN SULTAN ABDUL SAMAD").

“Mulai bulan Januari tahun 1891, kerja-kerja pembersihan tapak dijalankan. Kawasan lembah di belakang tapak penjara itu diterangkan tetapi dibiarkan sebagai tanah lapang untuk dimanfaatkan sebagai kebun sayuran untuk kegunaan penjara baharu ini nanti. Wad tahanan sementara bagi banduan-banduan yang bekerja di tapak tersebut mula didirikan. Pada tahun 1892, Encik Nicholas, seorang Crown Agent, telah dilantik sebagai kerani kerja, Beliau diberi kontrak $ 28,700 untuk membina blok pentadbiran Penjara Pudu. Dua kontraktor telah diupah untuk bangunan itu, Encik Nicholas sendiri dan seorang kontraktor tempatan, Tambusammy Pillay. Mereka menggunakan banduan sebagai buruh. Penjara ini dibina dalam enam fasa menggunakan keluli, batu bata, dan simen yang semuanya diimport dari jajahan British. Bahan untuk pembinaan penjara itu dihantar dari India manakala besi tuang dari Great Britain. Pada tahun yang sama juga, pembinaan Dapur Penjara dimulakan. Setahun kemudian, pada tahun 1893, Rumah-rumah atap di situ telah dirobohkan dengan pampasan sebanyak $257.00 kepada pemilik-pemiliknya. Namun, Residen Selangor ketika itu tidak berpuas hati dengan cara Encik Nicholas mengendalikan pembinaan itu. Surat daripada Jurutera Negeri Selangor, C.E. Spooner, pegawai lantikan Residen British ketika itu kepada Setiausaha Gaol Selangor pada 19 Julai 1894, menyatakan bahawa banduan di tapak pembinaan itu culas dan hanya berpura-pura bekerja. Spooner berkata banduan enggan melakukan tugasan mereka mengikut jadual. Hal Ini menyebabkan beliau kemudiannya memperkenalkan bengkel dan latihan buruh paksa sebagai aktiviti wajib untuk menangani masalah tersebut. Setiap hari seramai 117 orang dikerahkan untuk membina penjara baru. Dalam tahun 1894, banglo untuk Pengarah Penjara tersebut siap dibina. Penggalian perigi, rumah pam, penapis air serta penyaluran air ke penjara siap pada tahun 1895. Pelan Penjara Pudu asal telah siap sepenuhnya pada tahun 1895. Namun, blok-blok tambahan seperti pembesaran Dapur Penjara dilakukan dalam tahun 1895 juga. Bilik Bacaan untuk staf penjara dibina dalam bulan Disember tahun 1896. Dalam tahun 1896 juga, tender pembinaan dua buah kuarters untuk Warden Eropah bernilai $3000 dikeluarkan. Pembinaan dua buah buah tandas awam dengan peruntukan sebanyak $730 disiapkan dalam tahun 1896. Kerja-kerja membina tangga berbatu bata ke kuarters Warden serta ke Bilik Bacaan Penjara disiapkan dalam tahun 1897. Dalam bulan November 1897 kerja-kerja pembinaan wad baharu dengan 30 katil dibuat untuk hospital penjara.” (Aku Budak Telok, 30 September 2022: |"Menyingkap Tirai Besi di Penjara Pudu (1895-1899)").

Liputan Akhbar Ketika Pembinaan

  • 1892-10-05: “The building of a New Gaol was commenced in the month of January on a site well adapted for the purpose, situated on the Pudoh Road, about one mile from Kuala Lumpur. It is expected that this establishment will, when completed, afford accomodation for all the prisoners in the State. Temporary wards are being built for the prisoners in order that they may be removed at once and employed clearing the ground for permanent buildings.” (Straits Times Weekly Issue, 5 October 1892, Page 7: |"The Selangor Prison").
  • 1894-04-30: Ianya mula dihuni seawal tahun 1894, ketika masih dalam pembinaan lagi: “From the Factory, the party drove to the Pauper Hospital and went through all, including the Lunatic and Leper wards, then to the Race Course and round to the New Gaol at Pudoh, which is occupied but it is not yet finished.” (Pinang gazette and Straits chronicle, 30 April 1894, Page 3: |"THE GOVERNOR IN SELANGOR").
  • 1895-01-04: “$77,378 for works in connection with the New Gaol at Pudoh, which include a new wing, a female ward, three workshops, quarters, etc.” (Pinang gazette and Straits chronicle, 4 January 1895, Page 2: |"SELANGOR.").
  • 1896-06-30: Blok utama serta salah satu blok lain telah siap dan diduduki sepanjang tahun 1895. Saiz balkoninya dikecilkan bagi meluaskan ruang, di atas cadangan Gabenor: “The report on Selangor Public Works Department for 1895 shows that, out of $1,135,015 voted for the department that year, $970,000 were spent. Over $300,000 had been laid out on the jail under construction at Pudoh, of which the centre block was completed and occupied during the year. One wing was also completed. The balconies in this wing are 2 ft 9 in. in width, as suggested by the Governor, instead of 4 ft., which leaves a greater space in the corridor, and improves the general interior appearance.” (Straits Budget, 30 June 1896, Page 3: |"SELANGOR PUBLIC WORKS").

Cebisan Perihal Pembinaan

  • 1893-08-16: “NOTIFICATION FROM STATE ENGINEER REGARDING THE REQUEST FROM CROWN AGENT TO BE SUPPLIED OF SUBSTANCE FOR THE LATRINE OF NEW JAIL INCLUDING THE QUANTITY, RATE AND COST AND REQUEST FOR THE DOCUMENT TO BE SENT AS SOON AS POSSIBLE FOR THE EXECUTION.” (16/08/1893: "MATERIAL FOR THE PUDOH GAOL. FORWARD INDENT AN CROWN AGENTS FOR").
  • 19/06/1894: “INFORMATION FROM THE STATE ENGINEER REGARDING THE PROPOSAL TO CONSTRUCTION OF BALCONIES AND THE SUGGESTION OF REDUCING THE HEIGHT FROM 4 FEET TO 3 FEET, BRICK SUBSTITUTION INCLUDING THE DETAILS OF EXPENSES FOR THE WORK.” (19/06/1894: "NEW PUDOH GAOL-ESTIMATES FOR ALTERNATIONS AND ADDITIONS").
  • 1895-06-10: “THE SELANGOR CAPTAIN SUPERINTENDENT OF PRISONS REQUESTED FROM THE SELANGOR STATE ENGINEER TO ORDER THE CONSTRUCTION OF A DRAIN TO DRAINED AWAY THE WASTE WATER FROM THE KITCHEN AT PUDU JAIL.” (10/06/1895: "DRAINAGE AND LATRINE ACCOMMODATION AT PUDOH GAOL").
  • 1895-09-30: “THE SUGGESTION BY CAPTAIN SUPERINTENDENT OF PRISON TO THE ACTING GOVERNMENT SECRETARY REGARDING ON THE NECESSITY OF THE CONNECTION WITH THE WORKPLACE SHOULD BE ERECTED,THE ELECTRIC BUZZ SHOULD BE PUT INTO EACH WARD CONNECTING WITH THE GUESS ROOM AND OTHER TOOLS WHICH VERY IMPORTANT FOR PRESENT USAGE IN THE PRISON.” (30/09/1895: "NEW GAOL PUDOH REQUIREMENT (1) RAILWAY FOR WORK SHED (2) ELECTRIC BELL").

Cebisan Perihal Penyelenggaraan

  • 1896-10-07: “INFORMATION PREPARED BY THE ACTING STATE ENGINEER REGARDING THE ESTIMATION FOR THE SMALL BATHROOM WHICH CONSTRUCTED IN THE KITCHEN FOR THE GUARD AND PRISONER USE.” (07/10/1896: "LATRINE IN THE COOK HOUSE DIVISION PUDOH GAOL -").
  • 1898-01-19: Penggantian periuk nasi wap kepada periuk yang lebih terkini (telah digunakan di Perak) (19/01/1898: "COOK HOUSE, PUDU GAOL").
  • 1903-06-25: “NOTIFICATION BY ACTING STATE ENGINEER TO THE SECRETARY TO RESIDENT PERTAINING TO THE DETAILS FOR INVITING TENDERS FOR THE EXPANSION OF OFFICERS' BUILDING AND REQUESTS IT TO BE INSERTED IN THE GOVERNMENT DOCUMENT AND PRINT IT FOR DISTRIBUTION PURPOSES AMONG THE CONTRACTORS.” (25/06/1903: "BARRACKS FOR SUB-WARDERS, PUDOH GAOL - TENDERS INVITED FOR :-").
  • 1903-10-31: “FEEDBACK FROM THE ACTING BRITISH RESIDENT ON THE PROPOSAL TO ERECT A BRICK WALL FOR PUDOH GAOL, WHICH STATES THAT THE PROPOSAL WOULD BE CHANGED FOR CERTAIN PART TO PREVENT THE POSSIBLE ESCAPE OF PRISONERS WHO ARE UNDER TREATMENT.” (31/10/1903: "BOUNDARY WALL EXTRA MURAL HOSPITAL PUDOH GAOL").

Selain petikan dan sumber yang dinyatakan, rencana ini telah diusahakan oleh TMK Pulasan, di bawah kelolaan Syahrul Sazli Shaharir <sazli@pulasan.my>. Pengakuan penting: Kami bukan ahli sejarah! Sila klik di sini untuk penjelasan lanjut.

penjara_pudu_pembinaan.txt · Last modified: 2023/06/17 09:52 by sazli