User Tools

Site Tools


konfrontasi_pemuda

This is an old revision of the document!


Para Pemuda Konfrontasi (1963-1968)

Dirujuk oleh

Kronologi

1968-08-13: “Kesemua 11 orang pemuda yang di-hukum gantong kerana bershubahat dengan pencheroboh2 Indonesia ketika konfrantasi telah di-beritahu bahawa ibubapa2 dan keluarga2 mereka hanya akan di-benarkan menziarah mereka hingga hari Khamis ini. Ini di-beritahu oleh beberapa orang ibu-bapa mereka yang melawat ka-Penjara Pudu hari ini. Lebeh dari 100 orang saudara mereka juga menziarah dan kemudian menunggu di-luar. Menurut berita2 semalam, pemuda2 itu mungkin di-gantong Juma'at ini. Peguam pemuda2 itu, Che P.G. Lim datang menemui 11 orang pemuda itu pada jam 3 petang dan keluar pada kira2 6.15 petang. Ketika di-tanya akan harapan pemuda2 itu terlepas dari tali gantung, beliau menjawab: “Harapan-nya tipis.” Kata-nya, rayuan-nya kapada Mahkamah Federal untok menanggoh hukuman itu telah di-buat pada 7 Ogos lalu dan beliau tidak pasti bila-kah hal itu akan di-putuskan. Beliau keberatan mengulas apa-kah hukuman gantong itu boleh di-jalankan sa-belum putusan tersebut. … Anggota2 Pasokan Polis Penchegah Rusohan berkawal di-luar penjara ketika saudara mara 11 orang pemuda itu menunggu di-luar. Sementara itu di-Ipoh, Naib Yang di-Pertua PPR, Dato S.P. Seenivasagam hari ini menyeru Tengku Abdul Rahman supaya menolong menanggohkan hukuman bunoh ka-atas 11 orang itu. Dalam sa-buah kenyataan-nya, Dato Seenivasagam berkata: “Jelas sekarang bahawa tarikh menentukan hukuman bunoh ada-lah keputusan pehak pentadbiran - bukan keputusan undang2. Baginda Sultan tidak kena mengena dalam menentukan tarikh hukuman itu di-jalankan. Pehak berkuasa penjara di-bawah Kementerian Dalam Negeri yang menetapkan tarikh hukuman itu.” Dalam sa-buah kenyataan bersama dengan sa-orang peguam bela lain, Enche A. Mahendran, beliau berkata bahawa berita mengenai 13 orang pemuda (termasok dua pemuda Melayu di-Perak) akan digantong telah memeranjatkan ibubapa2 dua pemuda Melayu itu - Mohamad Sidin dan Mohamad Nor. Tegas-nya, hukuman gantong ka-atas dua orang itu dengan sendiri-nya di-tunda sa-telah rayuan ulangbichara di-majukan kepada Privy Council. Di-Melaka, Presiden PPR Enche D.R. Seenivasagam berkata, Kerajaan akan bersalah kalau 11 orang pemuda itu di-gantong sa-belum sidang Parlimen Isnin depan. Kata-nya, ia telah pun memajukan usul mengenai orang2 itu dalam Parlemen dan Speaker Dewan Ra'ayat telah pun memberitahu-nya usul itu akan di-debat dalam Parlemen. Dengan demikian tidak-lah wajar orang2 itu di-gantong dahulu. Sementara itu, Enche Goh Hock Guan, Setiausaha Agong DAP juga mendesak supaya pemuda2 itu jangan di-bawa ka-tali gantung sa-belum sidang Parlemen hari Isnin depan.” (Berita Harian, 14 August 1968, Page 1: |"Sa-hari saja lagi bagi keluarga temui 11 di-penjara Pudu").

1968-08-15: “Polis telah menyuraikan kira2 600 orang yang berhimpun depan Penjara Pudu pada kira2 jam 3.15 petang tadi sa-telah beberapa orang anggota polis di-lempar dengan batu, botol dan kayu. Hingga lewat petang tadi, 13 orang di-berita-kan telah di-tangkap. Kejadian itu berlaku sa-telah keluar ibubapa2 11 orang pemuda yang di-hukum mati kerana bershubahat dengan pencheroboh2 Indonesia dalam masa konfrantasi. Hari ini-lah ia-lah hari terakhir ibubapa2 mereka di-izinkan menziarah mereka. Ibubapa2 mereka keluar dari penjara itu pada kira2 jam 2 tengahari sa-telah dari pagi menziarah. Hingga jam 6 petang tadi keadaan tenang depan penjara itu yang di-kawal rapi oleh polis.” (Berita Harian, 16 August 1968, Page 1: |"Anggota2 polis di-lontar batu, 13 di-berkas").

1968-08-26: “Lembaga Pengampunan Negeri Perak akan menimbangkan sa-mula nasib dua orang pemuda Melayu yang menghadapi hukum gantong kerana bershubahat dengan Indonesia sa-masa konfrantasi. … Dua orang itu ia-lah Mohamad Sidin atau Mohamad Sidek bin Mohamad Noor, sa-orang pekerja sukat dari Taiping dan Mohamad Noor atau Timbul bin Login, 20 tahun, anak sa-orang sarjan polis. Pemangku Ketua Penjara Pudu, Enche Said bin Tahiran pula memberitahu bahawa ia belum menerima apa2 perentah untok memindahkan dua orang itu dari “lokap mati.” “Saya di-beritahu bahawa rayuan2 mengenai mereka maseh dalam pertimbangan Privy Council di-London.” Enche Said memberitahu bahawa 11 orang yang “di-ampunkan” oleh Sultan Johor kelmarin telah di-pindahkan dari “lokap2 mati” sa-telah ia menerima perentah malam itu. Hukuman ka-atas 11 orang itu telah di-tukar menjadi hukuman penjara sa-umor hidup. Sementara itu, Pope (Ketua Gereja Catholic) telah menguchap terima kaseh kepada Sultan Johor dan Perdana Menteri, Tengku Abdul Rahman serta Timbalan PM Tun Razak kerana peranan mereka mengampunkan 11 orang itu. … Pope juga telah merayu supaya di-ampunkan dua orang Melayu itu.” (Berita Harian, 27 August 1968, Page 10: |"Lembaga Perak belum terima rayuan ampun bagi 2 Melayu").

konfrontasi_pemuda.1673505220.txt.gz · Last modified: 2023/01/12 14:33 by sazli