User Tools

Site Tools


hamid_tuah

Siri Penahanan Hamid Tuah (1961-1967)

Dirujuk oleh

Ringkasan

“Teluk Gong pernah terkenal pada tahun 1967, apabila penduduk kampung mengadakan demonstrasi menuntut tanah yang mereka teroka menjadi hak milik mereka. Antara yang menjadi pejuang rakyat ketika itu ialah Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya, Sanusi Osman dan Hamid Tuah. Pada 1960-an, tindakan Hamid Tuah dan 500 penduduk-penduduk Melayu miskin yang meneroka tanah hutan di Teluk Gong dikatakan tidak menepati Undang-Undang Tanah kerajaan negeri Selangor. Beliau telah dikenakan tahanan terhad di Kuala Kubu Bharu, Selangor. Pihak kerajaan tidak membenarkan mereka meneroka tanah milik kerajaan dan telah menghantar pasukan keselamatan untuk menahan petani dan memusnahkan tanaman mereka. Seterusnya menahan Hamid dan empat orang pengikutnya pada 4 Januari 1969, mereka ditahan di kem tahanan Muar dan Batu Gajah selama dua tahun.”
Hamid Tuah

(Sumber: Wikipedia: Teluk Gong).

Sorotan akhbar Malaysiakini: “Hamid Tuah dan 500 penduduk-penduduk Melayu miskin meneroka tanah hutan di Teluk Gong pada tahun 1960-an. Kemudian pada 1967 pendudukan tanah itu dikatakan melanggar undang-undang dan pihak berkuasa telah menghantar pasukan keselamatan untuk menahan petani dan memusnahkan tanaman mereka. Seterusnya, Hamid dan empat orang pengikutnya ditangkap pada 4 Januari 1969, serta mereka ditahan di kem tahanan Muar dan Batu Gajah selama dua tahun. Bagaimanapun, terdapat beberapa detik kejayaan gerakan meneroka tanah di kalangan petani Melayu miskin yang dipimpin Hamid Tuah pada ketika itu. Antaranya pada 1950 di mana 100 orang kampung berjaya mendapatkan tanah mereka sendiri di kawasan yang kini dikenali sebagai Johan Setia. Gerakan itu juga turut melibatkan pelencongan sungai yang berjaya membantu petani di Tanjung Karang pada 1961 mengatasi masalah kemusnahan tanaman yang dialami mereka. … Selepas mengetuai pergerakan rakyat di Telok Gong dan dipenjarakan, bapanya juga menjadi tumpuan utama pihak berkuasa ketika peristiwa bantahan petani dan demonstrasi mahasiswa mengenai isu kemiskinan di Baling pada 1974.” (Martin Vengadesan @ Malaysiakini, Oct 10, 2019: |)"'Maruah Melayu bila tak miskin, berdikari, tak jejas kaum lain'").

Peristiwa di Teluk Gong dianggap antara yang penting dalam perjuangan kelas masyarakat dan penglibatan mahasiswa tempatan: “The Teluk Gong struggle began as a struggle by poor landless peasants to obtain land. In 1967, the peasants, led by Hamid Tuah, cleared some forest land in the Teluk Gong region of Selangor where they tilled the land and built houses. Not long afterwards, the government destroyed the crops and demolished the houses of the peasants. Hamid Tuah and his followers were arrested. The cruelty inflicted by the government upon the poor peasants of Teluk Gong was angrily denounced by the students of the University of Malaya. Both UMSU and the PBMUM came out in open support of the unfortunate peasants. Several lecturers followed suit and also supported the struggle of Hamid Tuah and the peasants. The involvement of students in the Teluk Gong incident was an important event in their struggle to uplift the poor, though their awareness of the life of the poor had previously been expressed in the form of seminars and· symposiums. The Teluk Gong incident enabled them to come forward to declare their stand. The Teluk Gong events clearly and dramatically highlighted the problem of rural poverty. Poverty, which had its roots in landlessness or land hunger captured the attention of students, and became an important issue in the student struggle in the years to come.” (Hassan Karim, Siti Nor Hamid, 1984: |"With the people : the Malaysian student movement, 1967-74").

Kronologi

1960-11-18: Penahanan kali pertama: ketika mengetuai 200 orang Melayu membuka tanah di Sungai Sireh, Tanjong Karang tanpa izin kerajaan: “Lebeh dari 200 orang Melayu di-Sungai Sireh dekat Kuala Selangor, akan melancharkan mogok lapar kalau sa-kira-nya pemimpin mereka, Abdul Hamid bin Haji Tuah, 32, tidak di-bebaskan daripada penjara Pudu di-sini. Kerajaan Selangor telah menahan Abdul Hamid pada bulan yang lalu kerana beliau menjadi kepala orang2 yang membuka tanah Kerajaan dekat Tanjong Karang tanpa izin Kerajaan. Pada petang esok, 20 orang daripada pendudok2 itu akan “berpiket” di-hadapan rumah Menteri Besar di-Princes Road di-sini untok mengemukakan tuntutan mereka yang akhir, sa-belum melancharkan mogok lapar mereka. Mereka menda'awa dan menuntut:

* Tudohan2 yang menyatakan mereka menebang hutan dan kayu2 besar serta memutuskan ban tali ayer itu tidak-lah benar;
* Menteri Besar harus datang sendiri menyaksikan tanah yang telah di-buka oleh mereka; adakah benar tanah itu tanah hutan atau kawasan sawah yang telah sedia di-buka:
* Abdul Hamid Tuah, ketua mereka, hendaklah di-beaskan dari tahanan atau pun di-bicharakan dengan segera.
Isteri Abdul Hamid, Sharifah Mahani binte Syed Hamzah Aidid semalam telah datang menemui orang2 kampong itu untok mebinchangkan ranchangan mereka. … Berita Harian di-beri tahu oleh Yahya Zainuddin bahawa tanah yang di-buka oleh 227 orang pendudok itu sa-luas 640 ekar. “Tanah itu telah di-diami oleh orang2 Kubu itu semenjak lebeh 10 tahun”, kata-nya. Beliau menyesalkan tudohan2 bahawa tanah yang di-buka mereka ia-lah tanah yang maseh hutan.”

Hamid Tuah

(Sumber: Berita Harian, 19 November 1960, Page 1: |"200 na' mogok lapar kerana Hamid Tuah: Jumpa MB hari ini").

1961-05-20: Penahanan kali kedua: Hamid Tuah kemudiannya dibebaskan namun dihukum buang daerah ke Ulu Bernam. Namun pada bulan Mei 1961, berlaku penahanan kali kedua, dicetuskan oleh piket kali kedua: “Inche Zainuddin (Zainuddin Karim, Setiausaha Parti Rakyat Selangor merangkap Setiausaha Front Socialist Selangor) hari ini berkata bahawa F.S.(Front Socialist) telah memperlihatkan simpati-nya kapada orang2 dari Kampong Sireh itu waktu mereka berpiket bagi kali pertama di-hadapan sekretariat Kerajaan Selangor waktu Hamid Tuah di-tangkap dan di-kurong dalam Penjara di-Pudu. Parti Rakyat, kata-nya telah mengadakan sidang dan mengambil keputusan mengutok penangkapan itu. Hamid Tuah kemudian di-keluarkan dari penjara Pudu tapi di-buang daerah ka-Ulu Bernam. Tindakan buang daerah ini juga telah di-kecham oleh parti kami, kata Inche Zainuddin lagi. Hasil dari simpati Front Socialist dan simpati ra'ayat dalam piket pertama orang2 Kampong Sireh itu, kata Inche Zainuddin lagi, Hamid Tuah kemudian di-bebaskan. Beliau menambah bahawa pehak Front Socialist memang tidak bersimpati dengan piket kali kedua yang di-anjorkan oleh Hamid Tuah “kerana kami sentiasa mempunyai pendirian yang tegas.” Kata-nya: “Kami anggap bahawa piket bukan-lah sa-suatu yang boleh di-main2-kan. Sa-bagaimana mogok menjadi senjata akhir maka demikian juga piket. Piket kedua itu memang tidak perlu di-adakan.” (Berita Harian, 21 May 1961, Page 1: |"F.S. jawab Hamid Tuah").

1967-09-25: Penahanan kali ketiga: ketika mengetuai 530 orang membuka sebahagian daripada tanah seluas 1,000 ekar di Telok Gong, 14 batu dari Klang. Ketika masih dalam tahanan, Hamid Tuah dibawa ke pejabat Menteri Besar Selangor, Dato Harun Idris pada jam 2 pagi untuk berunding: “Hamid Tuah akan dibebaskan esok dan perkara 530 orang pengikut2-nya mendudoki sechara haram tanah Kerajaan di-Klang selesai sekarang. Demikian Menteri Besar Selangor, Dato Harun Idris menyatakan hari ini setelah menemui Hamid Tuah. Hamid Tuah telah berjanji akan membawa 530 orang pengikut-nya keluar dari tanah Kerajaan itu di-Telok Gong, 14 batu dari Klang. Hamid Tuah telah di-keluarkan dari Penjara Pudu kira2 dua jam pagi tadi di-iringi oleh anggota2 polis untok menemui Dato Harun di-pejabat-nya. Dato Harun memberitahu sa-lepas pertemuan itu, bahawa Hamid Tuah telah pun berjanji tidak akan melakukan lagi perbuatan saperti itu. … “Ramai di-antara mereka sa-belum datang ka-Telok Gong hanya menumpang pada saudara mara kerana tiada mempunyai tanah sendiri. “Mereka tidak mendapat tanah walaupun telah meminta berkali2 untok memasoki ranchangan tanah.” Kenyataan itu menambah, bahawa berdekatan dengan kawasan yang di-buka oleh Hamid Tuah dan pengikut2-nya ada-lah satu kawasan yang telah di-buka dan di-kerjakan oleh sa-gulongan bukan Melayu sejak kira2 lima tahun dan sudah pun mendatangkan hasil. “Pengikut2 Hamid Tuah yang membuka hanya sa-bahagian daripada tanah sa-luas 1,000 ekar itu, tidak mengusek atau mengancham tanah yang di-dudokki oleh bukan Melayu itu.” Kenyataan itu mensifatkan soal yang di-hadapi oleh Hamid Tuan dan pengikut2-nya sa-bagai “soal ekonomi-sosial nasional yang besar. Soal ini tidak dapat di-atasi sa-mata2 dengan anchaman2 tindakan polis atau menahan orang2 saperti Hamid Tuah.”

Dato Harun... keluar dari pejabat-nya lepas berundingHamid Tuah
Kiri: “Dato Harun… keluar dari pejabat-nya lepas berunding”
Kanan: “Hamid Tuah”

(Sumber: Berita Harian, 30 September 1967, Page 1: |"Soal tanah Telok Gong selesai").

1967-09-30: Hamid Tuah dibebaskan dari Penjara Pudu, selepas ditahan selama 5 hari: “Tepat jam 10.30 pagi ini Inche Hamid Tuah berjalan keluar dari pintu besar Penjara Pudu sa-lepas di-tahan sa-lama lima hari, lalu berikrar akan melupakan segala2 yang telah berlaku dan memulakan suatu penghidupan baharu. … Inche Hamid Tuah di-tangkap pada malam 25 September lalu kerana mengepalai 530 orang mendudoki tanah Kerajaan di-Teluk Gong dekat Klang, sejak 31 August lalu. Semalam Dato Harun memanggil Inche Hamid Tuah ka-pejabat-nya dan mengadakan rundingan sa-lama lebeh dua jam dan sa-lepas itu mengeluarkan perentah membebaskan-nya. Inche Hamid Tuah berkata bahawa Dato Harun telah menjanji-kan suatu kawasan bahru sa-luas 2,000 ekar di-Sungai Yu, Tanjong Karang di-daerah Kuala Selangor sa-bagai ganti tempat sekarang. … Di-Sungai Yu nanti mereka akan di-sertai oleh kira2 170 orang lagi yang sekarang maseh tinggal di-Kampong Sireh. Mereka ia-lah kumpulan yang telah berpiket di-hadapan bangunan Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor dalam tahun 1960 atas soal tanah juga.”
Hamid Tuah

(Sumber: Berita Harian, 1 October 1967, Page 1: |"Hamid tuah keluar jel, janji akan lupakan segala yg telah berlaku").

1967-10-12: Penahanan kali keempat: bersama pembantunya Haji Yahya bin Zainuddin. Mereka ditangkap ketika terlibat di dalam suatu perhimpunan seramai 530 orang, di Telok Gong, 14 batu dari Klang.

1967-10-25: Perhimpunan solidariti selama 7 hari telah dianjurkan oleh mahasiswa Universiti Malaya (UM), di Sudut Pidato UM. Ianya dihadiri oleh isteri Hamid Tuah, Sharifah Mahani, dan anak-anak mereka, serta 5 orang peneroka Teluk Gong. Kutipan dijalankan untuk disumbang kepada peneroka lain yang ditahna di berek polis Pandamaran, Klang: “Dua minggu selepas kerajaan menangkap “rebel” Hamid Tuah dan mengusir petani-petani peneroka tanah dari kawasan Teluk Gong, Klang pada bulan Oktober 1967, mahasiswa Universiti Malaya telah menganjurkan satu perhimpunan solidariti di Sudut Pidato UM. Mereka telah menjemput Sharifah Mahani, isteri Hamid Tuah ke dalam kampus untuk berkongsi tentang perjuangan petani peneroka tanah dan penindasan yang sedang mereka hadapi. Dilaporkan seramai 300 orang mahasiswa telah menghadiri perhimpunan solidariti yang telah berjalan selama 7 hari di kampus UM itu. Perhimpunan itu turut dihadiri oleh anak Hamid Tuah bersama 5 orang pejuang peneroka Teluk Gong. … Semasa perhimpunan itu mahasiswa telah berjaya mengumpul derma sebanyak RM500, 10 tin biskut, beberapa helai tikar dan beberapa dozen tin susu untuk diberikan kepada petani-petani peneroka yang sedang ditahan di berek polis Pandamaran, Klang. Seramai 100 orang mahasiswa telah dilaporkan menaiki bas, motosikal dan skuter ke Pandamaran untuk menyampaikan terus hasil kutipan mereka kepada mereka yang ditahan. Sumber: Akhbar Berita Harian, 26 Oktober 1967”
Akhbar Berita Harian, 26 Oktober 1967

(Sumber: Ruhul Hayat @ Lela Rentaka, Jun 10, 2021: |"Kisah rebel Hamid Tuah dan solidariti Mahasiswa Universiti Malaya").

1967-12-29: Sultan Selangor menawarkan pembebasan bersyarat kepada kedua-dua tahanan, sempena hari raya yang bakal menjelang. Syarat-syaratnya ialah mereka tidak dibenarkan keluar dari mukim masing-masing (Damansara dan Tanjung Karang), tidak berucap dalam rapat-rapat umum, atau mengeluarkan kenyataan-kenyataan akhbar. Tawaran ini ditolak oleh Hamid Tuah, namun diterima oleh pembantunya Haji Yahya. Berikutan itu, Haji Yahya dibebaskan keesokannya (30 Disember 1967), namun pada majlis hari raya bersama penduduk setinggan Telok Gong di berek balai polis Pandamaran pada 3 Januari 1968, beliau didapati masih belum kembali ke pangkuan keluarganya: “Haji Yahya bin Zainuddin, Penolong Hamid Tuah yang mengetuai 530 orang peneroka tanah Kerajaan di-Telok Gong, tidak berhari raya dengan isteri dan anak2-nya pada Hari Raya kelmarin. Isteri dan anak2 Haji Yahya yang sekarang tinggal bersama 150 orang setinggan dari Telok Gong di-barek Polis Pandamaran, tidak tahu ka-mana-kah Haji Yahya pergi. Satu rombongan yang terdiri dari pensharah2, mahasiswa2 Universiti Malaya dan beberapa orang pendudok Petaling Jaya telah membawa makanan dan kueh2 hari raya kepada setinggan2 itu kelmarin. “Tetapi,”, kata sa-orang juruchakap rombongan itu, “isteri Haji Yahya tidak tahu ka-mana-kah suami-nya pergi dan di-mana-kah Haji Yahya berada sekarang.” Juruchakap itu, Syed Hamid Ali, mahasiswa Universiti Malaya memberitahu Berita Harian bahawa isteri dan anak2 Haji Yahya memang menunggu2 ketibaan Haji Yahya. Haji Yahya di-berita-kan telah di-bebaskan dari Penjara Pudu hari Sabtu lalu sa-telah dia menerima dua sharat yang di-kenakan oleh Kerajaan. Sharat tersebut ialah: (1) Tidak boleh keluar dari daerah Tanjong Karang tanpa izin polis sa-lama 3 tahun (2) Tidak boleh memberi uchapan2 di-hadapan khalayak ramai.” (Berita Harian, 4 January 1968, Page 10: |"Haji Yahya tidak berhari raya dengan keluarga").

1968-02-15: Pengumuman permohonan pembebasan Hamid Tuah: “Satu permohonan akan di-buat dalam Mahkamah Tinggi di-sini beberapa hari lagi untok membebaskan Hamid Tuah. Kalau permohonan itu di-luluskan, Hamid Tuah akan di-bebaskan dari Penjara Pudu tanpa sharat. Hamid Tuah dan penolongnya, Haji Yahaya bin Zainudin telah di-tangkap di-Telok Gong, 14 batu dari Klang pada 12 October tahun lalu kerana enggan meninggalkan kawasan yang mereka dudoki sechara haram bersama 530 orang pengikut2 mereka. Beliau menolak sharat2 pembebasan kapada-nya pada 29 December lalu. Sharat2 itu ia-lah bahawa ia mesti menetap di-Mukim Damansara dan tidak beruchap dalam rapat2 umum atau mengeluarkan kenyataan2 akhbar. Tawaran untok membebaskan Hamid Tuah itu di-buat oleh Sultan Selangor kerana “sebab2 peri-kemanusiaan” supaya ia boleh berhari raya dengan keluarga-nya. Haji Yahaya telah di-bebaskan dengan beberapa sharat yang sama pada 30 December dari Penjara Pudu sebelum Hari Raya lepas.” (Berita Harian, 15 February 1968, Page 1: |"Mahkamah Tinggi na' di-rayu bebaskan Hamid").

1968-02-25: Hamid Tuah dibebaskan dari Penjara Pudu, dengan syarat beliau tidak keluar dari rumahnya di Batu 3 Jalan Kelang, dan tidak berucap di khalayak (“Perintah Sekatan”).

1968-06-24: Menteri Dalam Negeri, Tun Razak, membebaskan Hamid Tuah dari perintah sekatan, setelah disokong oleh Dato Harun dan diyakinkan oleh wakilnya Usman Awang. Di samping itu, pengikut beliau diberi 3 ekar tanah seorang, sebahagiannya di kawasan terokaan mereka dahulu di Teluk Gong: “Tun Razak, sa-laku Menteri Dalam Negeri, telah bersetuju membebaskan Hamid Tuah sama sekali dari perentah sekatan yang telah di-kenakan ka-atas-nya. … Demikian menurut satu kenyataan ibu pejabat Kerajaan Selangor hari ini, yang berbunyi: “Masa'alah peneroka2 tanah di-Telok Gong dan pengikut2 Hamid Tuah telah hampir sempurna di-selesaikan dengan kerjasama pegawai2 Kerajaan dan beberapa individu yang mewakili mereka. … Menteri telah mengambil keputusan ini atas sokongan kuat yang telah di-majukan oleh Dato Harun setelah menemui Enche Usman Awang, salah sa-orang wakil Hamid Tuah yang mempunyai keyakinan Hamid Tuah tidak akan melanggar undang2 Kerajaan. … Hamid Tuah, berumor 49 tahun, telah di-bebas-kan dari Penjara Pudu pada 25 Februari 1968 menjelang Hari Raya Haji setelah kira2 empat bulan di-tahan di-bawah Undang2 Sekatan Tempat Tinggal. Salah satu sharat pembebasan-nya ia-lah bahawa ia tidak boleh keluar dari tempat tinggal-nya di-Batu Tiga Jalan Kelang, 14 batu dari sini dan tidak boleh memberi uchapan. Sementara itu kira2 120 orang pengikut2-nya telah di-berikan tanah di-Sungai Yu - tiap2 sa-orang mendapat tiga ekar. … Sa-bahagian dari pengikut2 Hamid Tuah itu akan mendapat tanah di Telok Gong - tempat mula2 mereka meneroka tanah dahulu.” (Berita Harian, 25 June 1968, Page 5: "RAZAK BATALKAN SEKATAN2 KA-ATAS HAMID TUAH").

Peninggalan

Perjuangan Hamid Tuah, menurut anak beliau, Siti Nor: “Siti Nor ialah anak kepada allahyarham Hamid Tuah, seorang aktivis petani yang memimpin gerakan membuka tanah kepada orang Melayu yang tidak bertanah di luar bandar. Hamid juga pernah dipenjara beberapa kali pada 1960an kerana memperjuangkan hak pemilikan tanah di kalangan orang Melayu di luar bandar. “Bapa saya seorang yang sangat mempercayai tentang maruah orang-orang Melayu di kampung. “Dia beri semangat jiwa merdeka agar berusaha dan tidak meminta-minta. “Selepas kemerdekaan daripada British, dia melihat ada golongan elit baru yang terbentuk melalui pemimpin Perikatan. Petani Melayu masih mempunyai banyak masalah dengan isu seperti pemilikan tanah dan pengairan pertanian. Ramai yang cuba meminta campur tangan bapa saya dalam perkara tersebut. Tetapi setiap kali dia cuba membantu, dia akan ditangkap,” kata Siti Nor (gambar, bawah).”

Siti Nor, anak Hamid Tuah

“Kata Siti Nor, walaupun usaha bapanya adalah untuk mengangkat maruah orang Melayu yang tidak bertanah waktu itu, namun Hamid Tuah tidak melihat kemiskinan melalui perspektif perkauman. “Ketika itu, kaum Cina sudah ada perkampungan-perkampungan baru mereka sendiri, dan kebanyakan kaum India pula jadi penoreh. “Jadi, isu itu mungkin sudah diasingkan namun masalah kemiskinan masih dihadapi oleh semua kaum. “Selepas kemerdekaan, semua orang yang berada di kampung cuba untuk menentang golongan elit (yang memerintah) ini, tetapi kemudiannya mereka dituduh sebagai golongan penentang dan penyokong gerakan komunis,” katanya. “Bapa saya mahu melegakan dan mengurangkan masalah kemiskinan dalam kalangan orang Melayu tetapi bukannya dengan menjejaskan hak kaum-kaum lain. “Dia juga tidak menyertai mana-mana parti politik walaupun usahanya sering disokong oleh (gabungan pembangkang ketika itu, Parti Rakyat Malaya dan Parti Buruh) Barisan Sosialis. “Tetapi malangnya ramai pemimpin berhaluan kiri yang cuba untuk membentuk pakatan bukan perkauman dipenjarakan,” katanya. … “Hamid tuah tidak memfokuskan kepada perkauman. Dia hanya mahukan pengikutnya keluar dari arus kemiskinan untuk menjadi berani, bebas, bergantung kepada diri sendiri dan mempunyai kesedaran diri.”Inilah maruah Melayu,” katanya.”

(Sumber: Martin Vengadesan @ Malaysiakini, Oct 10, 2019: |)"'Maruah Melayu bila tak miskin, berdikari, tak jejas kaum lain'").

Hamid Tuah
Hamid Tuah (Martin Vengadesan, Oct 9, 2019: |"Hamid Tuah believed in dignity of Malay peasants, not racial divide, says daughter").

Selain petikan dan sumber yang dinyatakan, rencana ini telah diusahakan oleh TMK Pulasan, di bawah kelolaan Syahrul Sazli Shaharir <sazli@pulasan.my>. Pengakuan penting: Kami bukan ahli sejarah! Sila klik di sini untuk penjelasan lanjut.

hamid_tuah.txt · Last modified: 2023/01/15 07:41 by sazli