User Tools

Site Tools


botak_chin

Penghukuman Botak Chin (1976-1981)

Dirujuk oleh

Kronologi

1976-02-16: Botak Chin ditangkap di kilometer 6 Jalan Ipoh pada malam 16 Februari 1976: “Wong Swee Chin atau lebih dikenali sebagai Botak Chin, 25 tahun, hari ini dihadapkan dalam Mahkamah Tinggi di sini di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri atas dua tuduhan memiliki senjatapi dan peluru. Wong dikatakan memiliki tiga pucuk pistol, 75 butir peluru dan dua butir bomtangan di kilang papan Eng Leong, di 6 Kilometer Jalan Ipoh pada malam 16 Februari lalu. Wong, dengan tangannya masih berbalut, memberitahu Hakim Walter W. Abraham bahawa dia boleh dihantar ke mana saja kerana dia tidak tahu undang-undang. Majistret kemudian memerintahkan agar Wong dihantar ke penjara Pudu sementara menanti perbicaraannya. … Timbalan Ketua CID, Superintenden S. Kulasingam, yang mengetuai rombongan itu, dan beberapa orang ditektif, kemudian mengiringi Wong keluar dari Hospital itu ke sebuah ambulan yang sedia menunggu diluar, dengan diperhatikan oleh kira-kira 200 orang.” (Berita Harian, 24 March 1976, Page 1: beritaharian19760324-1-2-4.pdf"Kawalan ketat apabila Botak Chin ke mahkamah").

“Botak Chin, seorang penjenayah yang sedang menanti hukuman mati, telah menikam tiga orang warder dalam satu cubaan nekad untuk melarikan diri dari bilik tahanannya di Penjara Pudu petang ini. Bagaimanapun, Botak Chin (Wong Swee Chin), 29 tahun, berjaya ditewaskan dan mengalami kecederaan di kepala. Dia kemudiannya dibawa ke Hospital Besar untuk dirawat dengan kawalan ketat polis. Tiga orang warder yang cedera ditikam itu juga dirawat di hospital itu dan telah dibenarkan pulang.”
Botak Chin, dengan kepalanya berbalut, tiba di hospital dengan usungan dan dikawal ketat oleh pegawai-pegawai polis.
(Berita Harian, 2 January 1981, Page 1: |"Botak Chin gagal lari dari penjara").

Liputan penuh: Wikipedia: Botak Chin

Selain petikan dan sumber yang dinyatakan, rencana ini telah diusahakan oleh TMK Pulasan, di bawah kelolaan Syahrul Sazli Shaharir <sazli@pulasan.my>. Pengakuan penting: Kami bukan ahli sejarah! Sila klik di sini untuk penjelasan lanjut.

botak_chin.txt · Last modified: 2023/01/13 11:38 by sazli