Both sides previous revisionPrevious revisionNext revision | Previous revision |
awal [2023/06/22 09:14] – sazli | awal [2024/05/26 14:32] (kini) – [1850-an: Gambaran Suasana Prakolonial] sazli |
---|
====== Sejarah Awal (1880-an) ====== | ====== Sejarah Awal (1850-an) ====== |
| |
| ===== 1850-an: Gambaran Suasana Prakolonial ===== |
| |
| "Dibuka" sekitar awal 1800-an. Keadaan Kuala Lumpur, termasuk Gonggang/Setapak, sekitar 1850-an, menurut riwayat Abdullah Hukum: |
| |
| //"Pada masa saya berumur kira-kira 15 tahun saya dibawa berdagang oleh ayahanda saya meninggalkan negeri. Kami keluar dari tanah Sumatera melalui Pekan Baharu (Siak) dengan sebuah sekoci belayar menuju tanah Semenanjung dan menempat ke Melaka pada tahun 1850. ... Setelah berhenti tiga hari lamanya di Melaka itu, maka kami pun belayar pula dengan sebuah nadil menuju Pengkalan Kempas. Nadil yang kami tumpang itu memunggah kain dan barang-barang lain di Pengkalan Kempas. Kami pun naik ke darat. Saya mengambil upah menggalas kain dari Pengkalan Kempas ke Sungai Ujong. ... Dengan jalan itulah kami sampai di Sungai Ujong. Berhentilah saya di Sungai Ujong selama lapan hari dengan maksud hendak mencari pekerjaan tetapi tak dapat. Masa itu Sungai Ujong belum masuk di bawah perintah Inggeris dan pemerintahnya ialah Almarhum Datuk Kelana Sendeng namanya. Cina telah ada membuka lombong di situ dan sebab tiada pekerjaan maka kami pun beredar menuju Kuala Lumpur kerana kata-kata orang banyak pekerjaan di Kuala Lumpur boleh bertanam sayur dan boleh melampan. Ketika itu ada pula kumpulan orang Inggeris menggalas kain hendak berangkat ke Kuala Lumpur, maka kami tumpanglah kumpulan itu. ... Adapun jauhnya perjalanan itu ialah tiga hari tiga malam. ... Akhirnya, kami pun sampailah di Kuala Lumpur lalu menumpang di rumah Haji Abdul Ghani orang Air Bangis berkedai (Java Street sekarang). Pemandangan di Kuala Lumpur: Kuala Lumpur pada masa itu sibuk cara zaman dahulu. Ada dua lorong sahaja, iaitu Java street dan Market Street sekarang manakala Ampang Street (Lorong Ceti) yang ramai sekarang ini masih kolam ikan dipunyai oleh Almahrum Sutan Puasa. Rumah-rumah kedai masa itu atap bertam dinding pelupuh (buluh) dan orang yang berniaga di situ seperti menjual kain-kain dan makanan semuanya orang Melayu, iaitu bangsa Rawa dan Mendahiling dan ketuaan masa itu ialah Sutan Puasa dan Raja Bilah. Kedua-dua ketua ini mengutip hasil dagangan yang lalu lintas melalui Sungai Kelang atau Sungai Gombak. Adapun cukai timah ialah seringgit sebahara (tiga pikul). Ada pun Setapak sekarang di hulu Sungai Tapak namanya dan Hulu Gombak sekarang Air Panas namanya. Maka Sutan Puasalah yang membuka sawah pada kedua-dua tempat ini. Tuan Haji Abdullah Hukum berkata lagi - saya ingat mengambil bahagian mengambil upah membuat tali air di Serambut (Batu Lima Setapak sekarang) dan juga di tempat-tempat lain diupah oleh Sutan Puasa. Sawah yang dibuka Sutan puasa itu mudah sahaja. Apabila tali air sudah siap maka orang ramai barang siapa sahaja boleh membuat sawah tetapi syaratnya hendaklah membayar cabut 10 gantang padi pada tiap-tiap seratus gantang (10 peratus) kepada Sutan Puasa apabila habis musim menuai. Kiraan membayar cabut itu tidak begitu keras hanya mengikut pengakuan masing-masing orang yang bersawah sahaja. Pendeknya berapa yang dihantarkan orang kepadanya itulah diterimanya. Lepas daripada mengambil upah membuat tali air itu saya melampan di Setapak berkekalan kira-kira tiga tahun lamanya. Masa itu tiada apa-apa huru-hara dalam Kuala Lumpur. Semua orang Melayu tinggal dalam aman dan tetuaan semuanya orang Mendahiling."// |
| |
| (Adnan Haji Nawang, 1997: [[https://books.google.com.my/books/about/Kuala_Lumpur_dari_perspektif_Haji_Abdull.html?id=OBVwAAAAMAAJ|"Kuala Lumpur dari Perspektif Haji Abdullah Hukum"]], m.s.14-17). |
| |
| ==== Perihal Abdullah Hukum ==== |
| |
| {{:facebook:96529808_2638569199760013_2551193406839717888_n.jpg?200|Abdullah Hukum}} \\ |
| //"Potrait Haji Abdullah Hukum & Sedikit Catatan Tentang Beliau. \\ |
| \\ |
| Beliau lahir pada tahun 1835 di Sungai Penuh Kerinci, Sumatera, datang merantau bersama ayahnya ke Semenanjung dan Selangor pada tahun 1850 pada usianya baru mencecah 15 tahun. \\ |
| \\ |
| Asalnya beliau menjadi juak - juak kepada Raja Mahmud dan terlibat secara tidak langsung dalam pergolakan, perebutan kuasa di dalam negeri Selangor. Kemudian beliau belajar berniaga dan berdagang mulanya di Semenyih dan Kuala Lumpur sampailah beliau menjadi usahawan Melayu yang berjaya. \\ |
| \\ |
| Beliau juga bertanggung jawab membuka kawasan pertanian dan penempatan di Pudu - Bukit Bintang, kebun di Bukit Nenas dan Sg.Putih ( Bangsar). Di sekitar kawasan Sg.Putih ada sebuah kampung Melayu yang dinamakan sempena nama beliau iaitu Kg. Abdullah Hukum. Beliau meninggal dunia pada 1943 pada usia 108 tahun. \\ |
| \\ |
| *Catatan memoirnya secara bersiri dalam akhbar Warta Ahad Singapura pada tahun 1935, telah menjadi salah satu rujukan penting sejarah Selangor dalam era 1850 - 1900. \\ |
| \\ |
| - Fz"// |
| |
| (Sumber: Selangor 10 @ Facebook, 11 Mei 2020: [[https://www.facebook.com/selangordarulehsan10/posts/pfbid07j2PowZNq6No6K3zQaJvAMjdp9Kp3dUEHTF2qxnhCdc9AkeW4TV23gQwZwsAPDpol|"Potrait Haji Abdullah Hukum & Sedikit Catatan Tentang Beliau."]]). |
| |
| ===== Zaman Awal Kolonial (1880-an) ===== |
| |
//"In 1820/4, John Anderson during his recce, said "Sungei Lumpur" has Tin in abundance, and only a day trip (by foot) to Pahang border. Some would assume he meant to refer the area of Sungai Tua, north of Batu Caves, where there is now no trace of it. Mr Gripper conjectures the name "Sungei Lumpur" persisted down the length of the stream | //"In 1820/4, John Anderson during his recce, said "Sungei Lumpur" has Tin in abundance, and only a day trip (by foot) to Pahang border. Some would assume he meant to refer the area of Sungai Tua, north of Batu Caves, where there is now no trace of it. Mr Gripper conjectures the name "Sungei Lumpur" persisted down the length of the stream |
| |
(Sumber: WooeR @ Woodstock69, 2 Aug 2016: [[https://groups.google.com/g/woodstock69/c/i-dJ3cOdzX0?pli=1|"Kuala Lumpur Lama Circa 1880"]]). | (Sumber: WooeR @ Woodstock69, 2 Aug 2016: [[https://groups.google.com/g/woodstock69/c/i-dJ3cOdzX0?pli=1|"Kuala Lumpur Lama Circa 1880"]]). |
| |
| //"This 1881 picture is one of the earliest of Kuala Lumpur. It shows the Padang only partly cleared. The future Jalan Raja was being built in front of a line of attap huts on the site of the present Secretariat. Running right across the picture is the road to Damansara, which at that time came over Bluff Hill."// (Gerald Hawkins @ The Straits Times Annual, 1 January 1960, Page 62-63: [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/digitised/article/stannual19600101-1.2.42|"KUALA LUMPUR CENTENARY"]]). |
| |
{{:gambar:nmnh-04797100.jpg?600|Malay Kedai, Kuala Lumpur.}} \\ | {{:gambar:nmnh-04797100.jpg?600|Malay Kedai, Kuala Lumpur.}} \\ |