Jadual Kandungan

Operasi Awal Penjara Pudu (1895-1910)

Dirujuk oleh

1895-1905: Operasi Peringkat Awal

Pada tahun-tahun awal operasinya, Penjara Pudu adalah satu-satunya penjara di Selangor, memenjarakan lelaki dan wanita dalam tempoh hukuman yang tidak lama. Ia dilengkapi kebun yang dapat menampung keperluan makanan penghuninya: “Early in its history, Pudu Prison was the only prison in the state of Selangor and used to imprison men and women with short sentences. The prison was also self-sufficient as it had a vegetable garden that could produce enough food for its inmates annually.” (Wikipedia: Pudu Prison).

Ia juga turut digunakan sebagai pusat operasi tentera British, termasuk tempat menjalankan hukuman bunuh ke atas pemberontak, sama ada oleh pasukan penembak atau digantung. Mayatnya ditanam di kawasan penjara, bagi mengelak diketahui umum: “During its early years, Pudu Jail was used by the British as an army command centre. Those who fought against the British were executed, either by a firing squad or by hanging, and buried on prison grounds to prevent news about the executions from going beyond Pudu Prison walls.” (Mariana Isa @ University of Bath, 2006: |"Pudu Jail Conservation Statement", m.s. 11).

Suasana Sekitar Penjara Pudu

Antara gambaran keadaan sekitar Penjara Pudu pada awal operasinya:-


Kiri: Lebuh Pudu, penghujung Jalan Pudu, KL (1890-an): “1890s Lebuh Pudu. Supreme Court on the hill is now replaced by Maybank Tower.” (ܢܓܪ ܛܘܪܐ @ Pinterest: "1890s Lebuh Pudu").
Kanan: Hospital Tung Shin (awal kurun ke-20), di sebelah barat laut Penjara Pudu: “Tung Shin Hospital in the early 20th century along Jalan Pudu.” (Alan Teh Leam Seng @ New Straits Times, May 15, 2022: |"A glimpse into Pudu's past").

Cebisan Peristiwa

Cebisan Hal Ehwal Kakitangan Penjara

John Galloway: Gaoler / Ketua Pegawai Penjara KL 1891-1913

Perihal John Galloway

“John Galloway (d.1935) was the Chief Jailer at Kuala Lumpur Prisons. He dedicated 22 years of his life to the department before he went on pension on 31 May 1913, retiring to Cheltenham, England. For his meritorious service and excellent record, he was awarded the Imperial Service Order by the British government.” (Mariana Isa, Maganjeet Kaur, 2015: "Kuala Lumpur Street Names: A Guide to Their Meanings and Histories", m.s. 104).

Peninggalan John Galloway

Jalan Galloway, Kuala Lumpur:-

Kakitangan Lain

Cebisan Hal Ehwal Banduan

Cebisan Hal Ehwal Pembekal

Selain petikan dan sumber yang dinyatakan, rencana ini telah diusahakan oleh TMK Pulasan, di bawah kelolaan Syahrul Sazli Shaharir <sazli@pulasan.my>. Pengakuan penting: Kami bukan ahli sejarah! Sila klik di sini untuk penjelasan lanjut.