User Tools

Site Tools


maklumat_lanjut:perkuburan_gonggang

This is an old revision of the document!


Tanah Perkuburan Kampung Gonggang (1891)

Dirujuk oleh

1891: Pembukaan Perkuburan Kampung Gonggang

Tanah perkuburan lama di Kuala Lumpur terletak di sebelah utara pertemuan Sungai Gombak dan Sungai Klang, iaitu di tapak Masjid Jamek Kuala Lumpur kini: “In 1891, the large Muslim burial ground near the confluence of Gombak and Klang rivers was cleared, fenced up, and supposedly exhumed. As it turned out, not all the graves were disinterred; some remained in the compound of the Masjid Jamek right up till the twenty-first century.” (Abdur-Razzaq Lubis, 2018: "Sutan Puasa, Founder of Kuala Lumpur", m.s. 505).

Peta lokasi kubur lama (1903)Peta lokasi kubur lama (1889)
Kiri: Peta lokasi kubur lama berhampiran pertemuan Sungai Gombak dan Sungai Klang, yang telah diterangkan pada tahun 1891 (Arkib Negara 1957/0108145W, 06/04/1903: |"EMBANKMENT WALLS, GOMBAK RIVER").
Kanan: Peta lokasi kubur lama, relatif kepada persekitarannya, berdasarkan peta Kuala Lumpur tahun 1895 (Wikipedia).

Pada tahun 1891, ia telah dipindahkan ke tanah perkuburan baru di tebing selatan Sungai Klang (Jalan Ampang kini). Sebuah jambatan dibina bagi menghubungkan tanah perkuburan itu dengan tebing utara Sungai Klang (kemungkinan sebahagian daripada kawasan Kampung Gonggang), lalu dinamakan Tanah Perkuburan Kampung Gonggang: “A new cemetery was established just outside town at Ampang Road. ('The public Mohamadan Cemetery is on the other side of the Klang River near Ampang Road. A strong six feet bridge was erected to give necessary access to it.' A. Hale, vice chairman of the Kuala Lumpur land office, as reported in the Malay Mail, 13 April 1904, reproduced in Khoo Kay Kim, Kuala Lumpur, 27). It was originally called Tanah Perkuburan Kampung Gonggang, as it was located near the settlement of orang Gonggang (a subgroup of orang Siak). (This Kampung Gonggang is different from the Gonggang settlement near Setapak. Interview with Haji Shahrir Kamil, 30 November/1 December 2016)” (Abdur-Razzaq Lubis, 2018: "Sutan Puasa, Founder of Kuala Lumpur", m.s. 505).

Peta lokasi Perkuburan Gonggang (1923)Peta lokasi Perkuburan Gonggang, kini Perkuburan Islam Jalan Ampang
Kiri: Peta lokasi Perkuburan Gonggang, ditandakan merah sebagai “Mohd. Cemy.” (Mohammedan Cemetery) (1923). Mercu tanda: di sebelah barat: Sungai Gombak dan Batu Road (kediaman Raja Laut). Di bucu barat daya berhampiran Masjid Jamek, keluar dari Batu Road ialah Gombak Lane (kediaman Tuan Haji Abdul Hamid). Kemungkinan lokasi Kampung Gonggang ialah sebelah utara perkuburan ini iaitu sekitar Sungai Bunus, sehingga ke Rifle Range di sebelah timur laut. Kawasan perlombongan Gonggang pula di sebelah utara lembah Sungai Bunus.
Kanan: Peta lokasi Perkuburan Gonggang, ditandakan merah, kini Perkuburan Islam Jalan Ampang. (Mapcarta).

maklumat_lanjut/perkuburan_gonggang.1711362123.txt.gz · Last modified: 2024/03/25 18:22 by sazli