“Memoir Abdul Halim Nasir: Dari Kampung Sekolah ke Menara Gading. ABDUL HALIM NASIR adalah satu nama besar dalam dunia penulisan Melayu khususnya berkaitan dengan penyelidikan mengenai senibina Melayu, rumah tadisional Melayu, masjid, sungai dan perkara yang menyentuh kosmologi Melayu. DBP (Cetakan Pertama, 1998)” (Kawah Buku).
“Dia menghargai masa lapang yang ada dan memanfaatkannya dengan mengembara, mendokumenkan dan menulis tentang perkara yang dianggap bererti dan penting bagi dirinya dan budaya Melayu. Cintanya terhadap fotografi, mengembara, dan menulis kekal sepanjang hayatnya. Ketika merantau di serata Malaysia dan Dunia Melayu atas tugasan bagi Muzium Negara, atau menghadiri kursus di Indonesia, atau membentangkan kertas kerja, atau mengadakan kursus, dia sentiasa mencari bahan fotografi dan penulisan. Antara bahan fotografi kegemarannya ialah rumah, masjid, istana dan perahu Melayu yang semuanya mempamerkan aspek seni bina Melayu yang berbeza-beza. Dia boleh dikatakan sebagai perintis pendokumenan fotografi warisan Melayu berdasarkan koleksi yang diwariskannya kepada PATMA (singkatan bagi Perpustakaan ATMA). Padanya, gambaran lisan bagi gaya seni bina adalah sangat daif jika dibandingkan dengan pernyataan bergambar. Misalnya, gambar yang elok sebuah istana boleh dianggap sebagai pernyataan yang benar kerana ia boleh dijadikan suatu kenyataan, menggambarkan kuasa, sejarah dan budaya. Minatnya terhadap fotografi mungkin juga didorong oleh hakikat yang gambar foto tidak menyampaikan maklumat yang palsu, berbanding dengan tulisan di dalam buku yang mungkin mengandungi kesilapan atau pembohongan.
Akibatnya, maklumat bergambar menjadi sangat penting bagi koleksi N. A. Halim. Sesiapa yang belum pernah melihat istana diraja Kuala Kangsar akan ingin melihat gambarnya. Serupalah dengan sesiapa yang tidak pernah melihat Batu Bersurat Kuala Terengganu akan menghargai gambarnya. Begitu juga perbezaan antara bot nelayan Kelantan dengan bot nelayan Terengganu, atau perbezaan antara rumah Perak dengan rumah Kedah, yang boleh dilihat dengan lebih berkesan melalui gambar berbanding dengan perkataan. Pandangan udara bangunan (misalnya masjid), upacara yang sedang berlangsung (misalnya kenduri kahwin) atau objek kecil (termasuk keris Melayu), atau orang sedang bersantai, adalah juga antara contoh subjek pilihan N. A. Halim. Bukan saja tiada had pada potensi penyampaian dan interpretasi mana-mana subjek, pemerian melalui penulisan tidak akan dapat menyampaikan maklumat yang serupa dengan berkesan. Tiada pemandangan harian yang lebih dramatik daripada gambar sebuah masjid pada waktu tengah hari, dengan jaluran sinaran matahari yang menembusi daun-daun di taman dan menerangi bumi dengan lopak cahaya, atau kilauan lantai marmar putih di masjid ketika bulan penuh. Yang penting baginya ialah setiap gambar mengandungi maklumat unik yang sukar disampaikan dalam cara lain, biarlah walau bagaimana remeh pun maklumat itu.
Memandangkan nilai sesuatu foto itu terletak pada keberlangsungan dan impak visualnya, maka ia lebih baik daripada lain-lain perantara. Hakikatnya dapat dilihat pada gambar foto N. A. Halim. Dia sedar bahawa sesuatu objek atau subjek tidak boleh dimengerti tanpa gambaran objek atau subjek itu sebagai sebahagian daripada satu keseluruhan. N. A. Halim telah berusaha untuk mendokumenkan seni bina Melayu dalam apa jua cara yang mungkin. Dia tidak membuat anggapan bahawa sebuah bangunan, masjid, perahu, rumah dan malahan sebatang sungai atau sebuah tasik yang diminatinya akal kekal seadanya sampai bila-bila. Kini, dia telah mengabadikan imej-imej itu bagi kita semua. Sebagai contoh, dia akan mengambil gambar sebatang rasuk dari berbagai sudut - tampak sisi, tampak atas dan tampak bawah - cara yang sama seperti seorang jurufoto bola sepak profesional yang akan menangkap gambar jaringan gol dari berbagai sudut. Di sinilah letaknya keunikan seni fotonya. Dia juga tahu bahawa semua bahan akan berguna pada seseorang, pada sesuatu tempat dan pada sesuatu ketika nanti. Sebelum gambar foto menjadi komoditi yang diperdagangkan N. A. Halim telah sedar bahawa satu hari nanti gambar fotonya akan menjadi berharga apabila objek yang diambil gambarnya tidak lagi wujud.
N. A. Halim merupakan seotang jurufoto amatur yang hebat, yang tidak pernah mengambil gambar semata-mata untuk dijual. Dia dianggap sebagai salah seorang perakam visual terhandal Malaysia pada abad ke-20 walaupun tidak pernah mendapat pendidikan formal dalam bidang fotografi. Bakatnya dalam mengambil gambar foto yang berguna diasah melalui pengalam dan pengkhususan. Minatnya terhadap mendokumenkan sejarah budaya Melayu bermula pada pertengahan tahun 1960-an ketika dia bertugas di Muzium Negara. Projek rasmi yang dilaksanakannya bagi muzium itu telah mendorongnya untuk mencari sebanyak mungkin peninggalan budaya yang masih wujud. Dia mengambil peluang itu bagi mengembangkan minatnya dalam bidang fotografi walaupun ia bidang yang sangat sibuk dan mahal. Ketika menjalankan beberapa tugas lapangan dia tertarik pada reka bentuk unik dan struktur indah bahan budaya Melayu - rumah, istana, perahu, masjid, batu nisan, sama ada masih baru atau dah lama, masih digunakan atau sudah ditinggalkan, berkeadaan baik atau usang. Dia mendapat kepuasan daripada aktiviti itu dan menjadi inspirasi bagi ramai yang lain. Dia mungkin tidak berniat untuk mewujudkan koleksi foto dan slaid yang besar apabila memulakannya 40 tahun yang lalu. Pasa asalnya dia mungkin mula mengumpul untuk kepuasannya sendiri. Walau apapun, dia sememangnya pengumpul yang berdedikasi. Dia menyimpan berkeping-keping maklumat visual dalam cara yang membingungkan, dan skop koleksinya menampakkan iltizamnya terhadap pendokumenan budaya Melayu dan Malaysia. Dia telah mengumpulkan sebuah koleksi yang hebat tentang pelbagai jenis subjek selama empat puluh tahun. Dia juga sedar bahawa bagi sesuatu gambar foto atau lakaran untuk mempunyai nilai maklumat, ia mesti disimpan dengan teratur supaya boleh dikenal pasti melalui prosedur mudah. Walaupun penstoran gambar foto dan slaid menggunakan sedikit ruang berbanding bahan cetak, namun gambar dan lakaran adalah lebih rentan dan susah dikendalikan. Penstoran itu sebaik-baiknya dikendalikan oleh sebuah institusi yang diwujudkan khas bagi tujuan itu, memastikan objek tersebut hanya boleh dicapai betul-betul bagi tujuan akademik dan seni sahaja. Kami berterima kasih pada beliau kerana mengabadikan dan memantapkan imej-mej tersebut melalui sifat geniusnya. Banyak gambar foto yang diambilnya pada tahun 1960-an kini menjadi sangat berharga. Dokumentasi fotonya menjadi bahan mentah yang tiada tandingan bagi semua terbitan dan seminarnya. Bagi N. A. Halim, sekeping gambar foto ialah dokumen yang penting. Kini gambar-gambar itu menjadi sumber maklumat bagi kita mengkaji budaya dan masyarakat Melayu dari tahun 1960-an hingga 1990-an. Adakah dia mengambil gambar untuk dirinya sendiri atau adakah terdapat prinsip yang membimbing keseniannya? Koleksinya ialah bukti nyata bagi aktiviti dan kejayaannya.” [1]
“Koleksinya itu terbentuk melalui gabungan koleksi gambar foto, slaid dan bahan cetak yang berbeza-beza. Sesungguhnya, koleksi yang lengkap itu adalah ciptaan sepenuhnya, satu sumber gergasi daripada seorang yang sangat berbakat, yang mengabadikan sejarah budaya Melayu dalam apa cara juapun. Keunikan koleksi itu bukan saja terletak pada kepelbagaian bahan bukan bukunya, tetapi juga pada jumlahnya. Koleksi tersebut boleh dikenal pasti dengan merujuk silang secara teratur item yang berikut:
1. 7,736 gambar foto,
2. 7,983 slaid,
3. 300 satah,
4. 150 peta, dan
5. 1092 buku, artikel, kertas seminar, tesis dan laporan.
Bersandarkan maklumat di atas, koleksi N. A. Halim merangkumi pelbagai media, daripada gambar foto, slaid dan lakaran kepada lukisan dalam perkadaran yang berbeza-beza. Sejumlah besar item berharga yang jarang didapati telah ditemui dalam koleksi tersebut, menjadikannya semakin bernilai. Mungkin kerana dia sengaja mengumpulkan koleksi itu tanpa sebarang haluan yang jelas, supaya kecenderungannya sendiri tidak membataskan hasilnya nanti. UKM menerima sumbangan itu sebagai sebahagian daripada koleksi yang lebih besar yang berbaloi disimpan, dipelihara, dikapsyen dan dikatalog. Antaranya terdapat gambar yang mengagumkan, lakaran dan lukisan yang boleh disalin dengan memuaskan, dan berguna pada ramai penyunting gambar.
N. A. Halim bukan sahaja seorang pengumpul berdedikasi yang menghabiskan sebahagian besar hidupnya mengembangkan koleksinya, tetapi juga seorang perancang yang percaya bahawa peluang kolesi itu untuk terus kekal adalah lebih baik jika diserahkan kepada sebuah institut penyelidikan atau perpustakaan yang mantap. Maka, koleksi itu diserahkan kepada ATMA tanpa dikenakan sebarang ikatan. Dengan itu, dia bukan setakat berjaya mendapatkan tempat baru bagi koleksinya, tetapi juga mengelak daripada memelihara keutuhan koleksi itu. PATMA telah mengklasifikasikan koleksi itu menurut subjek yang berbeza-beza menggunakan Library of Congress Subject Headings, memeliharanya sebagai satu keseluruhan yang lengkap dengan bahagian-bahagiannya, dan Halim sendiri telah menyediakan kapsyen koleksi itu. Kini bahan itu menjadi teras bagi satu koleksi khas. Walaupun gambar, slaid, lakaran, peta itu diletakkan pada rak yang berasingan, semua bahan itu disimpan di dalam bilik yang sama, bermakna bahan yang berbeza-beza itu saling berkaitan. Dalam erti kata lain, item itu tidak boleh cerap secara individu dan di luar konteks. Dua tahun kemudian, Katalog Koleksi N. A. Halim (1992) pun diterbitkan. Pada masa yang sama, kakitangan perpustakaan telah melekapkan item itu dalam sampul plastik pelindung atau fail yang lengai secara kimia, mengurangkan kemungkinan berlakunya sebarang kerosakan. Walaupun dompet tepi terbuka ini membolehkan udara beredar, ia juga membenarkan masuk habuk dan berlakunya pemeluwapan. Koleksinya mempunyai pelbagai aspek, dan berharga oleh sebab yang berikut:
i. Jumlah item tentang seni bina Melayu;
ii. Pelbagai subjek lain;
iii. Melengkapi pelbagai subjek berkaitan budaya Melayu; dan
iv. Kaitannya dengan bidang penyelidikan dan keperluan ATMA,
Usaha yang telah dijalankan oleh perpustakaan boleh dirumuskan sebagai:
Menghimpunkan item yang berkaitan dengan subjek, tema atau bidang yang serupa berhampiran dengan satu sama lain.
Menyediakan bahan bagi golongan yang mungkin memerlukannya dalam mengejar pendidikan atau kerjaya mereka.
Menyediakan dokumentasi berbentuk bahan berilustrasi, sama ada bagi tujuan pendidikan, penyelidikan atau peninjauperiksaan.
Sumbangan Halim kepada PATMA jelas dilakukan demi kepentingan penyelidikan. Maka, ia bukanlah satu matlamat dengan sendirinya. Kemungkinan mengatur seiring bahan bukan cetak dengan bahan cetak memberikan penyelidikan di ATMA satu perincian baru. Koleksi boleh berpotensi menarik pelbagai jenis pengguna, asalkan ia diatur supaya mudah dicapai. Dengan itu, kami telah memutuskan untuk menempatkannya di jaringan sejagat. Geran penyelidikan daripada DAGS/MIMOS telah membolehkan pendigitan dimulakan pada pertengahan tahun 2002. Kami telah mengambil kesempatan bertemu dengan anaknya, Hazrul Halim yang bertugas di UKM untuk mendapatkan bahan yang masih berada dalam simpanan keluarganya. Bahan-bahan ini boleh mengisi kekurangan dan mengembangkan koleksi yang ada. Ekoran itu, kami berjaya menambah lebih kurang 2,000 item baru.” [1]
[1] malaycivilization.com @ Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia, 24 Julai 2013: |"Koleksi Khas N. A Halim".
[2] Perpustakaan Negara Malaysia: |"BIODATA N.A HALIM ( ABD HALIM NASIR )".
Laman Utama | Hubungi Kami | |||||||
Siri Cebisan Sejarah: | Bangi | Kajang | Kuala Lumpur | Kuantan | Gambang | Ipoh | Hutan | Hubungi Kami |